Kredit: Pexels
Sejak kecil kita dah diajar kepentingan menjaga kebersihan gigi dan mulut. Antaranya berus gigi sejurus selepas bangun tidur dan sebelum masuk tidur. Ada banyak lagi panduan lain yang kita diajar sejak dulu, sebahagiannya boleh diterima pakai, tetapi ada sebahagian yang lain pula hanya sekadar mitos.
Ini kami senaraikan antara mitos dan fakta sebenar tentang penjagaan gigi dan mulut:
Mitos #1: Lebih kuat anda berus berikan kesan lebih baik
Ini tidak benar. Memberus dengan kuat boleh merosakkan gusi dan gigi. Enamel terhakis dan gigi lebih mudah diserang kaviti. Tekanan yang terlalu tinggi juga merosakkan gusi, menjadikan gigi lebih sensitif dan garisan gusi bergerak ke atas.
Mitos #2: Gigi jadi lebih bersih jika gunakan berus yang lebih keras
Ini tidak benar. Anda mungkin rasa gigi menjadi lebih bersih jika diberus menggunakan berus keras. Realitinya berus yang lembut dan fleksibel adalah pilihan yang lebih baik kerana berus keras menyebabkan enamel terhakis dan merosakkan garisan gusi.
Lagipun, kita digalakkan menukar berus gigi setiap 2 ke 3 bulan atau setiap kali berus rosak atau membengkok bagi mendapatkan kesan optimum dalam menghapuskan bakteria dan makanan pada gigi, gusi dan lidah.
Mitos #3: Berus gigi dengan betul setiap hari dah memadai untuk gigi yang sihat
Ini tidak benar. Gigi perlu diberus sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan floss sekali sehari bagi mengurangkan pengumpulan bakteria pada gigi. Sebaik-baiknya berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan setiap 6 bulan sekali.
Mitos #4: Gigi putih lebih sihat dan kuat berbanding gigi kekuningan
Ini tidak benar. Ramai yang berpendapatan gigi kekuningan tu disebabkan penjagaan mulut yang kurang baik. Realitinya enamel gigi itu sendiri berwarna putih kebiruan, lapisan dentin pula berwarna kuning. Sebab itu, gigi yang sihat berwarna sedikit kekuningan.
Mitos #5: Berus gigi sejurus selepas makan
Ini benar. Memberus gigi selepas makan adalah digalakkan untuk menghilangkan partikel makanan di celahan gigi, bakteria dan plak. Tetapi bukanlah dilakukan sejurus selepas makan.
Anda disarankan tidak memberus gigi dalam tempoh 30 minit selepas makan terutamanya selepas nikmati makanan berasid. Makanan berasid seperti buah oren dan lemon boleh melembutkan enamel gigi, dan jika anda memberus gigi terlalu cepat boleh menyebabkan kerosakan pada enamel.
Mitos #6: Normal la gigi berdarah ketika memberus
Ini tidak benar. Gigi yang sihat tidak berdarah ketika diberus. Gigi yang berdarah mungkin disebabkan masalah lain seperti teknik memberus yang salah atau masalah gigi seperti gingivitis.
Paling penting, selain berus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi yang betul, anda kenalah floss gigi tu setiap hari. Pastikan juga anda menggunakan ubat gigi yang betul untuk perlindungan maksimum.
Untuk anda yang ada masalah plak, bolehlah gunakan Systema Advance Anti-Plaque Toothpaste, yang diformulasi menggunakan Advance Plaque Buster Technology untuk melindungi gusi. Systema Sensitive & Gum Protection Toothpaste pula memberikan anda perlindungan berpanjangan dan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah gigi sensitif.
Kredit: Systema
Gunakan ubat gigi dan berus gigi yang betul untuk mengoptimumkan kebersihan oral
Siapa kata semua berus gigi sama je? Ada banyak berus gigi di pasaran, dicipta mengikut keperluan anda. Pemilihan berus gigi yang betul ni memang penting. Pastikan berus gigi anda mampu membersihkan keseluruhan bahagian mulut terutama di bahagian yang sukar dicapai dan di celahan gigi. Barulah bakteria dan plak dapat dibersihkan.
Kredit: Systema
Anda yang masih tercari-cari berus gigi yang ideal tu, apa kata anda cuba berus gigi Systema 0.02mm yang menawarkan 8 jenis berus gigi yang boleh anda pilih.
Ini dia 5 sebab mengapa kami cadangkan Systema 0.02mm:
- Berus gigi ini mempunyai bulu nipis yang bertindak lebih berkesan dalam menghapuskan plak di kawasan yang sukar dicapai seperti di sekitar garisan gusi, di celahan gigi dan poket gusi.
- Berus gigi ini 3 kali lebih lembut dan tidak mencederakan gusi.
- Mempunyai 9 kali ganda keupayaaan membersihkan celahan gigi.
- Walaupun nipis, berusnya tahan lasak kerana diperbuat daripada berus PBT (polybutylene terephthalate) berkualiti tinggi.
- Memberikan kesan pengeringan pantas di kawasan mulut.
Kredit: Systema
Jom bertukar kepada Systema 0.02mm dan anda pasti jatuh cinta pada penggunaan pertama! Layari di sini untuk mengetahui jenis berus gigi yang sesuai dengan anda dan untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.