Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Nak Tau Anda Semakin Tua Atau Tidak, Lihat 5 Perubahan Paling Ketara Ini

Jangan risau, kami ada solusinya.
Editor
21 Oct 2019, 12:00 AM

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: Freepik

Semua orang mengimpikan kulit yang kelihatan muda, bersih dan berseri. Tapi disebabkan oleh gaya hidup dan pemakanan, tak semua orang berjaya mendapatkan kulit idaman mereka. Dan semakin meningkatnya usia, semakin sukar untuk kita mengekalkan keremajaan kulit.

Proses penuaan merupakan fitrah alami yang mustahil untuk dielakkan, namun kita boleh melambatkannya. Jika anda nak tahu sama ada anda semakin tua atau tidak, cuba lihat lima perubahan pada kulit yang paling ketara ini:

#1 Kulit yang mengecut dan kering

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: Freepik

Cuba lihat kulit di wajah, tangan, ataupun kaki anda. Kalau kelihatan kecut dan kering, itu bermakna proses penuaan telah pun bermula. Semakin meningkat usia, kolagen semakin berkurangan, dan ini menyebabkan lapisan kulit semakin menipis dan menjadi kering. Jika anda sering terdedah kepada cahaya matahari, ia akan turut mengeringkan kulit dengan pantas.

#2 Garis penuaan yang ketara pada bucu mata

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: Daily Vanity

Juga dikenali sebagai crow’s feet, garis penuaan atau kedutan pada bucu mata ini berpunca daripada pendedahan kepada cahaya matahari dan kulit yang kurang kelembapan. Anda boleh atasinya dengan mengelakkan diri daripada terdedah kepada cahaya matahari, minum air yang banyak, dan menggunakan produk penjagaan kulit yang memberi kelembapan pada kulit.

#3 Kulit yang semakin mengendur

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: SiO

Dengan meningkatnya usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan elastin dan kolagen yang membantu dalam menegangkan kulit. Tanpa kandungan elastin dan kolagen yang tinggi dalam kulit anda, kulit akan mudah ‘jatuh’ dan mengendur. Masalah kulit kendur boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit yang khas.

#4 Bintik-bintik atau tompok-tompok pada wajah

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: Freepik

Semakin meningkat usia, melanosit (sel pigmen) anda akan membiak dengan lebih cepat dan seterusnya berkumpul sehingga membentuk bintik-bintik atau tompok-tompok pada kulit. Bintik atau tompok ini lebih jelas terlihat pada bahagian kulit yang paling sering terdedah kepada cahaya matahari, seperti muka anda.

#5 Tona kulit yang tidak bermaya dan tidak sekata

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: Shutterstock

Pipi kiri anda kelihatan gelap, manakala pipi kanan kelihatan cerah. Kenapa sampai jadi begini? Dengan meningkatnya usia, pembaharuan sel kulit anda akan berkurangan sebanyak 7% bagi setiap 10 tahun. Dengan berkurangnya sel kulit baru, sel kulit lama yang telah mati akan semakin memenuhi wajah anda, yang menyebabkan tona kulit kelihatan tidak bermaya dan sekata.

Lambatkan proses penuaan dengan memulakan rejim penjagaan kulit yang sesuai

Kalau anda dah mula nampak tanda-tanda penuaan pada diri, jangan risau. Anda boleh lambatkan proses penuaan ini dengan rejim penjagaan kulit yang sesuai. Salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan Naturie Hatomugi Lotion dan Naturie Hatomugi Gel.

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Produk-produk ini memberi kelembapan kepada kulit sebanyak tiga kali ganda, meningkatkan keanjalan kulit, dan ia diformulasikan khas bagi menangani masalah kulit seperti pori-pori besar dan kedutan halus.

Kandungan vitamin B1 dan B2nya yang tinggi membantu dalam membersihkan jerawat dan mencerahkan tona kulit, selain bebas daripada sebarang pewarna dan tanpa wangian.

nak tau anda semakin tua atau tidak, lihat 5 perubahan paling ketara ini

Kredit: @nettyselection/instagram

Bukan saja kedua-dua produk ini melembapkan dan melembutkan kulit anda, tetapi dalam masa yang sama membantu dalam menghilangkan bintik-bintik, tompok-tompok, jerawat dan kedutan halus pada wajah, selain menyekatakan tona kulit.

Ucapkan selamat tinggal kepada kulit yang kelihatan tua dan tidak bermaya dan dapatkan Naturie Hatomugi Lotion dan Naturie Hatomugi Gel di:

  • Watsons
  • SaSa (di seluruh Malaysia)
  • Guardian
  • PlayUp Parkson
  • Aeon
  • Tokyoninki

Usah tunggu hingga kedutan mula kelihatan pada wajah. Jom mulakan rutin untuk kekalkan keremajaan kulit hari ini!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.