Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Ada Penyakit 3 Serangkai? 5 Perkara Ini Anda Kena Buat

Barulah kualiti hidup anda dapat dipertingkatkan!
Editor
07 Dec 2020, 08:00 AM

ada penyakit 3 serangkai? 5 perkara ini anda kena buat

Kredit: Shutterstock; Edit: SINAR

Tiada siapa yang ingin jatuh sakit, terpaksa berulang-alik ke hospital mendapatkan rawatan dan terbaring lesu tanpa boleh bergerak aktif. Lebih menyedihkan, ada yang tidak sedar mereka mengalami penyakit ini sehinggalah keadaan bertambah teruk.

Percaya atau tidak, kira-kira 1.7 juta penduduk di negara ini mempunyai tiga penyakit utama (tiga serangkai) iaitu diabetes, darah tinggi dan kolesterol. Faktor kebiasaan terjadinya penyakit ini sering dikaitkan dengan cara hidup, persekitaran dan pemakanan.

Jika anda telah disahkan doktor mengalami salah satu atau ketiga-tiga penyakit ini, ini perkara yang perlu anda lakukan untuk memastikan kesihatan terkawal, dan anda mampu jalani kehidupan seperti biasa:

#1 Pantau Paras Gula & Tekanan Darah

Tanya kepada doktor apa yang perlu anda lakukan, bagaimana, bila masa terbaik dan apa barangan yang diperlukan untuk membolehkan anda pantau paras gula dan tekanan darah setiap hari di rumah. Ketahui juga bacaan ideal dan tanda-tanda amaran serta langkah kecemasan yang perlu diambil.

#2 Kawal Pengambilan Makanan

Kenalah ambil tahu makanan apa yang boleh diambil dengan kuantiti banyak, mana yang hanya perlukan kuantiti sedikit dan tak kurang juga waktu terbaik untuk makan. Sebaiknya ikut pinggan sihat suku-suku separuh, dan makan sedikit tetapi kerap. Kurangkan pengambilan gula, garam dan makanan berlemak.

#3 Jangan Terlupa Rutin Pemeriksaan

Jangan jadikan doktor serta hospital musuh, sebaiknya jadikan mereka sahabat anda. Berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat dan lakukan rutin pemeriksaan berkala untuk mengetahui status kesihatan anda. Untuk pesakit diabetes, tanyakan juga kepada doktor tentang pemeriksaan mata berkala.  

#4 Ikut Nasihat Doktor

Doktor yang merawat anda sudah tentu tahu status kesihatan anda dan kaedah terbaik untuk memastikan kesihatan anda dalam keadaan terbaik.

#5 Amalkan Gaya Hidup Sihat

Selain mengawal pemakanan, masih belum terlambat untuk anda mulakan gaya hidup sihat. Tidur secukupnya, makan makanan sihat, bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan kekal positif.

Bila badan sihat, nilai kehidupan anda pun bertambah dan banyak aktiviti boleh dilakukan. Salah satu cara untuk kekalkan kesihatan dan tampil bertenaga dengan mencuba PhytaX.

Produk 100% semulajadi tanpa sebarang dadah mahupun bahan kimia ini diformulasi daripada ramuan durian belanda, kulit pain, tomato, teh hijau, biji anggur, astaxanthin, delima, roselle, blueberry, cranberry, acai berry dan manggis.

Produk ini sesuai untuk semua golongan. Nak tahu lebih lanjut lagi tentang produk Phytax keluaran Eskayvie? Jom “LIKE” dan “FOLLOW” Instagram dan Facebook Eskayvie Malaysia. Layari website Eskayvie untuk info lanjut!

“Eskayvie... Kehidupan Lebih Bererti”

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }