Taugeh tergolong dalam tergolong dalam jenis tekstur sayur yang unik, ia juga membantu anak kecil untuk mengenal tekstur-tekstur sayur pada saat kecil. Pasti anda tidak tahu bahawa sayur tauge ni ada banyak lagi manfaatnya.
1. Membantu Otak Untuk Bekerja Lebih Optimal
Tahukah anda taugeh mempunyai Omega-3? Ya betul, Omega-3 adalah satu zat yang amat diperlukan oleh anak kecil. Ia akan membantu dalam proses tumbersaran dan juga otak anak akan bekerja lebih optimal.
2. Pertumbuhan Sistem Saraf Lebih Cepat
Vitamin B Kompleks dalam sayur taugeh mempunyai tugas penting dalam proses tumbesaran anak. Vitamin ini berperanan untuk membantu pembentukan saraf-saraf otak dan melancarkan proses pencernahan si kecil.
3. Buang Air Besar Lebih Lancar
Kandungan serat yang tinggi dalam air taugeh mendorong kotoran pada usus anak untuk keluar dengan mudah. Jika sistem pencernahan anak lebih lancar, perkembangan anak juga lebih optimal kan?
4. Imunisasi Anak Meningkat
Kandungan antioksidan dalam taugeh bertugas sistem imunisasi anak kecil agar mereka mempunyai daya tahan yang lebih kuat.
5. Membantu Pertumbuhan Rambut
Vitamin A yang ada pada sayur taugeh merangsang folikel, iaitu struktur kulit kepala yang menjadi tempat pertumbuhan rambut. Selain itu, sebum yang terhasil daripada nutrisi taugeh ni juga dapat membantu dalam menjaga kulit kepala, akar rambut dan membuat rambut lebih berkilau.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.