Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

5 Transformasi Biasa Semasa Hamil

Jangan terkejut. Ramai wanita mengandung mengalaminya.
Editor
07 May 2018, 10:50 AM

Kredit gambar utama: Pixabay

Mana-mana pasangan yang telah berkahwin pastinya teruja apabila si isteri disahkan hamil.  Banyak perubahan berlaku pada badan ibu semasa mengandung terutamanya di bahagian kulit, kuku dan rambut. Perubahan hanyalah sementara dan kebiasaannya hilang selepas kelahiran.

#1 Tompok-Tompok Gelap Atau Hitam

Tompok atau bintik gelap kehitaman muncul di sekitar muka, payudara, puting, ketiak, sekitar leher dan di celah kangkang disebabkan peningkatan paras melanin. Tompokan ini lebih ketara pada wanita yang berkulit gelap.

#2 Perubahan Pada Payudara

Disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah ke dalam tisu payudara. Antara perubahan yang mungkin terjadi termasuklah puting semakin besar atau gelap, saiz payudara semakin membesar serta lembut dan di hujung kehamilan, kelenjar susu mulai aktif dan mula mengeluarkan sedikit susu.

#3 Kaki Membesar

5 transformasi biasa semasa hamil

Kredit: Shutterstock

Berpunca daripada hormon relaxin yang melonggarkan ligamen, ditambah pula dengan perut yang semakin membesar menekan bahagian kaki. Ada juga keadaan di mana berlakunya penyekatan secara perlahan aliran darah dari bahagian kaki ke jantung disebabkan rintangan oleh rahim yang membesar serta penambahan berat badan, sehingga menyebabkan kaki ibu membengkak dan menjadi biru yang dipanggil vena varikos.

#4 Rerambut Pada Badan

Perubahan hormon juga menyebabkan rambut ibu menjadi lebih lebat atau mungkin akan tumbuh bulu-bulu di bahagian-bahagian yang sebelum ini tidak mempunyai bulu seperti di kaki, tangan, dada dan sekitar mulut yang biasanya akan hilang setelah enam bulan anak dilahirkan.

#5 Tanda Regangan

5 transformasi biasa semasa hamil

Kredit: Shutterstock

Atau lebih dikenali sebagai stretch marks. Kulit di perut akan makin membesar, menegang dan menjadi kemerahan terutamanya pada trimester ketiga. Bukan sahaja perut, kulit di bahagian paha, punggung serta payudara turut meregang.

Jika anda sedang mengandung atau telah mempunyai stretch marks, usah risau. Anda boleh atasi masalah ini dengan menggunakan Bio-Oil. Dianggarkan antara 75% hingga 90% wanita mengalami stretch marks sepanjang kehamilan disebabkan pertambahan berat badan dan kulit yang meregang untuk menampung perkembangan bayi. Stretch marks bukan sahaja terjadi di bahagian perut tetapi di peha, punggung, belakang badan dan payudara yang semakin ketara pada trimester ketiga kehamilan.

Bio‑Oil telah digunakan oleh wanita mengandung selama 30 tahun lamanya dalam membantu mengelakkan pembentukan stretch marks dengan cara memastikan kulit sentiasa lembap. Formulasi uniknya memaksimakan keanjalan kulit dan mengurangkan potensi pembentukan stretch marks.

5 transformasi biasa semasa hamil

Bio-Oil bukan sahaja membantu mengelakkan pembentukan stretch marks, produk ini juga boleh digunakan untuk pelbagai masalah kulit lain sepanjang kehamilan. Jika digunakan dengan kerap boleh mengurangkan masalah kegatalan dan kekeringan kulit serta memperbaiki tona kulit yang tidak sekata.

Tahukah anda selebriti Malaysia seperti Yasmin Hani dan Abby Fana turut menggunakan Bio-Oil bagi mengatasi masalah stretch marks dan masalah kulit sepanjang dan selepas kehamilan? Dengarkan perkongsian mereka menerusi FB Live pada 14 Mei, Isnin, mulai jam 2 petang di Facebook Sinar.

5 transformasi biasa semasa hamil

Anda boleh gunakan Produk Parut dan Stretch Mark No 1 Terlaris Di Malaysia (Nielsen 2016), Bio-Oil terbukti mampu membuatkan parut baru atau lama kurang ketara jika digunakan dengan konsisten. Dapatkannya hari ini di farmasi serta kedai barangan penjagaan harian di seluruh negara.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }