Sumber Cari.com.my
Insomnia merupakan keadaan dimana anda sukar untuk tidur, menurut National Sleep Foundation, manusia dewasa memerlukan sekurang - kurangnya tujuh hingga sembilan jam untuk tidur setiap hari. Tapi tahukah anda terdapat 5 jenis insomnia yang sering dialami oleh manusia.
1. Acute Insomnia
Keadaan ini tidak kerap berlaku, kebiasaanya ia disebabkan sesuatu yang terjadi dalam kehidupan seperti stres dengan pekerjaan, terima buruk dan juga perjalanan yang jauh. Kebiasaan acute insomnia ini tidak memerlukan rawatan
2. Chronic Insomnia
Kesukaran untuk tidur dalam jangka masa yang lama, dan ia dianggap kronik apabila pesakit pengalami kesukaran tidur sekurang - kurangnya tiga hari seminggu dalam masa tiga bulan dan lebih.
3. Comorbid Insomnia
Keadaab ini kebiasaannya berlaku apabila anda mengalami gangguan psikologi seperti kebimbangan dan kemurungan. Masalah sakit sendi dan sakit belakang juga menyebabkan insomnia atau membuat anda sukar melelapkan mata.
4. Onset Insomnia
Mengalami kesukaran tidur pada awal malam.
5. Maintenance Insomnia
Sukar untuk sambung tidur, keadaan ini menyebabkan penderita sering terjaga dan sukar untuk melelapkan matanya semula.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.