![bahaya jika sering skrub muka terlalu kerap](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/microbeads_1.jpeg)
Olahan Razzlyn Rosli.
Mencuci muka merupakan salah satu rutin setiap orang untuk menjaga kebersihan muka. Pemakaian skrub pula termasuk dalam salah satu regim penjagaan kulut untuk membersihkan muka dari kotoran dan juga menyingkirkan sel kulit mati.
Namun begitu, ramai yang salah faham dalam konsep ini dan akhirnya menggunakan skrub setiap hari demi mencapai kesan optimum.
Tapi tahukah anda penggunakan skrub pada wajah setiap hari tidak bagus untuk kulit? Kenapa?
Pernah tak anda perasan sesetengah produk seperti skrub muka, sabun dan juga ubat gigi mempunyai biji – biji halus? Biji tersebut dipanggil microbeads.
Microbeads ini diperbuat daripada plastic dan digunakan secara meluas dalam produk kecantikan dan penjagaan badan bagi meningkatkan kuasa membersih. Microbeads ternyata berkesan untuk membantu mengbuang sel – sel kulit mati sekali gus menghilangkan kotoran pada kulit anda.
![bahaya jika sering skrub muka terlalu kerap](https://media2.fishtank.my/media/sinar/assets/article/microbeads-harmful.png)
Namun begitu, ramai yang tidak tahu microbeads tidak bagus dan ini antara sebabnya.
- Diperbuat daripada plastik yang tidak terbidodegradasi, maksudnya tidak mereput dan kekal pada waktu yang lama.
- Butirannya terlalu halus untuk ditapis jadi ia mudah mengalir keluar melalui sistem saliran seterusnya masuk ke sungai dan laut. Atau dengan kata mudah, tiada bezanya dengan anda membuang botol atau plastic ke dalam laut dan sungai.
- Boleh menyebabkan iritasi pada kulit jika digunakan terlalu kerap.
- Liang Pori menjadi lebih besar.
p/s : Jadi lepas ni kalau nak skrub anda boleh gunakan natural exfoliant ya supaya dapat menjaga alam sekitar dan juga mencegah kulit anda dari rosak.
Kredit : TeenVouge.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.