Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Ada Anak Ekzema? Ini Cabaran & Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Dalam Memilih Produk Yang Sesuai!

Bukan je makanan, produk penjagaan diri pun tak boleh sebarangan tau!
Izza Yatim
05 Sep 2022, 06:00 AM

Artikel ini ditaja oleh Suu Balm

kanak-kanak perempuan menggaru badan gatal akibat ekzema

Kredit: kwanchai.c/Shutterstock

Ekzema adalah simptom keradangan dan kegatalan kulit yang kerap terjadi di kalangan anak kecil di bawah 2 tahun dan boleh juga terjadi kepada kanak-kanak lebih berusia serta orang dewasa.

Bermula dengan bintik-bintik merah gatal, yang menjadi kasar, berair dan tebal jika digaru. Kulit pun menjadi pedih dan luka. Dan disebabkan gatal, anak-anak sukar tidur lena, kerap menangis dan murung kerana tidak selesa.

Dan sebagai Ibu bapa, sudah tentu kita tidak sanggup melihat anak kecil menangis disebabkan gatal yang tidak tertahan. Lebih menyayat hati melihat kulit anak berdarah-darah akibat digaru. Nak dihalang daripada menggaru, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Apa cabaran ibu bapa yang ada anak ekzema? 

Nampak mudah, realitinya cabaran menjaga anak-anak ekzema ini besar. Ini antaranya:

#1 Tak Boleh Dibiar Bersendirian 

Anak-anak ekzema ini tak boleh ditinggalkan bersendirian terlalu lama. Bukan kerana mereka tidak boleh menguruskan diri tetapi bimbang mereka menggaru sehingga berdarah. Menggaru juga boleh merosakkan permukaan kulit dan memudahkan bahan alahan serta kuman masuk ke dalam kulit.

#2 Jauhi Makanan Tertentu 

Ada banyak punca yang membuatkan seseorang diserang ekzema. Sesetengah makanan ini mungkin bukan pencetus ekzema kepada anak anda jika mereka tiada alahan kepadanya, tetapi jika ya, anda kena jauhi makanan yang mengandungi perasa tambahan, gluten, bahan bukan semulajadi, makanan tinggi lemak tepu, makanan proses, makanan segera dan tinggi gula.

Antara makanan yang kebiasaannya mencetuskan ekzema termasuklah susu lembu, soya, telur, gandum, kekacang dan makanan laut.

#3 Rancang Aktiviti

Apa jua aktiviti yang anda nak lakukan bersama anak ekzema, kenalah pastikan tidak dibuat pada waktu panas bagi mengelakkan badan berpeluh. Badan berpeluh menyebabkan kegatalan.

Faktor lokasi dan material pakaian pun kena diambil kira. Iyalah, jika lokasi terlalu panas atau terlalu sejuk dan udara kering disebabkan penggunaan pendingin hawa terlalu lama juga boleh mencetus ekzema.

Lokasi berhabuk, ada haiwan seperti kucing dan tiada kipas, ditambah pula pakaian yang tidak serap peluh juga perlu diambil kira.

#4 Pastikan Rumah Bersih & Badan Anak Sentiasa Lembap 

Iya, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak ekzema, anda kenalah pastikan rumah dalam keadaan bersih, pakaian dan peralatan yang digunakan anak hendaklah dicuci dengan sabun pencuci khas yang lembut dan mesra kulit.

Mandikan anak dengan air suam dalam 10 ke 15 minit, kemudian sapukan pelembap sesuai yang mengandungi menthol di tubuh anak dan lakukan wet wrap iaitu membalut bahagian gatal dengan kain basah. Penggunaan wet wrap mampu mengurangkan gatal sehingga 4 jam.

#5 Gunakan Produk Penjagaan Diri Yang Selamat 

Penting untuk pastikan produk penjagaan diri termasuk sabun mandian dan pelembap yang digunakan adalah selamat dan lembut pada kulit. Penggunaan pelembap secara konsisten dan berterusan dapat mengurangkan serangan ekzema.

Macam mana nak tau produk penjagaan diri yang digunakan adalah selamat untuk anak-anak ekzema?

Salah satu caranya adalah dengan memastikan anda membaca label dengan teliti. Pastikan produk itu:

  1. ‘Gentle’ pada kulit
  2. Tiada bau atau wangian tambahan
  3. Mengandungi menthol semula jadi untuk kelegaan cepat
  4. Tidak mengandungi paraben atau bahan tambahan seperti sodium laureth sulfate (SLES) dan sodium lauryl sulfate (SLS).
  5. Sesuai untuk kanak-kanak dan bayi
  6. Tidak banyak buih
  7. Tidak mengeringkan kulit
  8. Bersifat hypoallergenic

Kesemua kriteria ini ada pada Suu Balm

Diformulasikan oleh Pakar Perunding Dermatologi, Dr Tey Hong Liang dari National Skin Centre, Singapura, Suu Balm mengeluarkan rangkaian produk lengkap untuk anak kecil, yang terdiri daripada produk mandian badan dan krim sapuan yang boleh memberi kelegaan pantas jangka panjang.

Gunakan Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash dan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser bagi membantu melegakan dan memberi sensasi penyejukan pada kulit sensitif serta ekzema dan bahan-bahan premium yang selamat dan efektif.

Rangkaian Suu Balm Kids ini juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif, termasuk bayi baru lahir.

2 Langkah Untuk Kurangkan Gatal Dengan Suu Balm 

#1 Gunakan Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head To Toe Wash

Produk ini dirumus dengan bahan-bahan lembut dan menenangkan untuk kegunaan harian anak-anak yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif.  Mengandungi 5 jenis bahan pelembap termasuk Shea Butter dan Sodium Hyaluronate.

Bersifat hipoalergenik dengan pH seimbang untuk kulit yang sihat. Paling penting ianya bebas daripada SLS, SLES, paraben, pengawet dan pewangi agar tidak mencetuskan kegatalan.

#2 Sapukan Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser 

Mengandungi mentol semula jadi untuk melegakan gatal dengan cepat. Mengandungi 3 jenis ceramide mirip kulit yang melembabkan & memperbaiki penghadang kulit.

Pelembap ini bertekstur ringan serta tidak melekit dan ianya juga tidak mengandungi paraben, pengawet dan pewangi, sesuai untuk kegunaan harian terutamanya dalam cuaca lembap!

Ibu bapa disarankan agar lengkapkan rutin yang mudah ini untuk anak-anak yang mempunyai ekzema supaya si manja tidak lagi tergaru-garu akibat kegatalan.

Di mana nak dapatkan produk Suu Balm?

 

Anda boleh dapatkan rangkaian Suu Balm Kids di Watsons, Caring, Guardian atau farmasi berhampiran.

Atau boleh juga dapatkan secara online dengan penghantaran percuma dan bayaran ansuran tanpa faedah di laman web Suu Balm hari ini!

Ikuti Facebook dan Instagram Suu Balm untuk info lanjut.  

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }