Artikel ini ditaja oleh Systema Malaysia
Kredit: benzoix/freepik, Edit: SINAR
Dari mata bukan sahaja boleh turun ke hati, tetapi ada ketikanya turun ke gigi! Ha, walaupun terletak di dalam mulut tetapi gigi ni juga antara yang menyumbang tanggapan pertama orang kepada kita selain membantu membina keyakinan diri.
Iyalah, jika mulut berbau, gigi kuning dan rosak sudah tentu kita sendiri kurang keyakinan untuk bercakap dengan orang. Sebab itulah penting untuk kita sentiasa memastikan gigi dan gusi dijaga sebaiknya.
Macam mana nak jaga gigi dan gusi dengan betul?
Apabila usia meningkat, gigi yang dulunya kuat dan sihat mula rapuh dan mudah goyang. Gusi yang tidak dijaga dengan betul juga boleh menyebabkan pelbagai masalah seperto gingivitis dan periodontitis. Sebab itulah pentingnya untuk kita jaga kesihatan gigi dan mulut sejak dari awal dengan mengamalkan langkah-langkah ini:
#1
Berus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan ubat gigi berflourida. Pastikan juga anda berus permukaan lidah untuk hilangkan bau mulut.
#2
Gunakan berus gigi yang lembut dan tirus untuk melindungi gusi serta pastikan anda berus kesemua bahagian gigi dan mulut.
#3
Jangan terus berus gigi selepas makan kerana pada waktu ini mulut akan berada dalam keadaan sedikit asidik, dan boleh menyebabkan gigi terhakis. Cukup sekadar berkumur-kumur sahaja.
#4
Flos setiap hari untuk membuang kotoran yang terletak di celah gigi. Sebaiknya flos dahulu sebelum anda memberus gigi pada waktu malam sebelum tidur.
#5
Ganti berus gigi setiap 3 ke 4 bulan sekali atau apabila bulu berus mula rosak. Pastikan juga anda tidak berkongsi berus dengan orang lain ya!
#6
Lakukan pemeriksaan gigi secara berkala setiap 6 bulan bagi mengesan sebarang masalah pada peringkat awal.
#7
Amalkan pemakanan sihat, kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis, gula tersembunyi dan snek di luar waktu makan utama.
Selain gigi yang sihat dan kuat, kita tentunya inginkan gigi yang putih. Tahukah anda kekuningan pada gigi juga berpunca daripada pengambilan makanan dan minuman tertentu?
Kandungan dalam makanan seperti kromogen (sebatian yang menghasilkan warna apabila teroksida), tannin (makanan atau minuman yang melekat lebih lama dan jelas pada gigi) dan makanan berasid bukan sahaja membuatkan gigi kuning, tetapi pada masa sama boleh menghakis enamel gigi.
Ini antara makanan yang boleh menyebabkan gigi kekuningan
#1 Buah Berwarna Terang
Antara contohnya termasuklah ubi bit, buah delima, beri dan anggur hitam
#2 Teh & Kopi
Anda boleh kurangkan kesan ini dengan menambah susu dalam minuman.
#3 Makanan Masam & Air Bikarbonat
Kurangkan pengambilan makanan dan minuman seperti lemon serta air bikarbonat yang tinggi kandungan asid.
#4 Kicap
Anda penggemar kicap? Kicap pun boleh sebabkan gigi kuning tau!
#5 Kek, Donut & Aiskrim
Selain tinggi gula, hidangan pencuci mulut seperti kek, donut dan aiskrim tinggi dengan bahan pewarna.
#6 Kari
Warna kuning yang berpunca dari kunyit boleh melekat pada gigi dan menyebabkan kekuningan.
Nampak sedap kan makanan-makanan ni? Tak kuat nak tolak kan?
Sebab itu kena pastikan anda berkumur setiap kali selepas makan makanan-makanan ini, supaya warnanya tidak melekat pada enamel dan asid yang ada tidak menghakis gigi.
Selain itu, anda kenalah berus gigi dengan berus yang sesuai seperti Systema 3D Ultra White baharu! Bukan sahaja kotoran dapat disingkirkan hingga ke celahan gigi yang sukar dicapai dengan berus biasa, ianya juga lembut pada gusi dan gigi anda juga menjadi lebih putih dengan kesan seawal dua minggu (berdasarkan ujian klinikal di Jepun)!
Kredit: Systema Malaysia
Systema 3D Ultra White baharu merupakan berus gigi pemutih pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi teknologi Elastomer dan bulu berus 3 dimensi multi-action. Bulu berus tirus 0.02mm dengan struktur bulu pemutih dua lapisan yang unik membantu menanggalkan kotoran dengan lebih efisyen bagi menjadikan gigi anda 10 kali ganda lebih putih! Dan, ianya lembut pada gusi.
Macam mana nak dapatkan gigi putih?
Guna je Systema 3D Ultra White baharu! Layari Systema Malaysia untuk info lanjut!