Artikel ini ditaja oleh Eskayvie Malaysia
Kredit: Canva; Edit: SINAR
Pernah tak bila anda tanya pada anak-anak tentang aktiviti persekolahan, kerja sekolah, subjek yang dipelajari di sekolah atau apa-apa soalan penting, dijawab “entah tak tahu”?
Atau pernah tak anak-anak anda ulang kaji last minute untuk peperiksaan, esok nak exam, hari ni baru mula buka buku?
Tu belum lagi bab nak kejut bangun pagi! Satu taman perumahan boleh dengar suara mak ayah.
Rata-rata ibu bapa yang ada anak remaja, mesti pernah lalui pengalaman ini...
Tak dinafikan fasa membesarkan anak-anak ni memang mencabar lebih-lebih lagi dalam memupuk nilai yang baik dan pada masa sama memberi galakan untuk mereka cemerlang dalam akademik. Dalam dunia yang serba maju ni, sudah tentu kita inginkan anak-anak mampu berdaya saing. Ibu bapa mana yang tak risau bila tengok anak asyik fail dalam peperiksaan je, kan?
Tak dinafikan cabarannya tidak sedikit!
Untuk anda yang anak-anak sekolah menengah ke atas terutamanya, anda mesti boleh relate dengan cabaran-cabaran ini...
#1 Susahnya nak suruh buka buku
Lebih-lebih lagi menjelang peperiksaan. Bila anak-anak terlalu rileks dan tak ulang kaji, sudah tentu ibu ayah yang akan panik. Bila disoal tentang topik yang dipelajari di sekolah, ada yang jawab tak ingat, tak tahu atau belum belajar.
#2 Bila dah mula belajar, sekejap je hilang fokus...
Pelajar mana yang tak suka kalau dapat fokus lebih lama dalam kelas kan? Bila dapat fokus, senang serap apa yang cikgu ajar, lebih mudah faham dan tentunya bantu untuk skor dalam peperiksaan.
#3 Last Minute Study...
Kalau bukan sebab lupa, orang yang selalu study last minute ni selalunya disebabkan tiada semangat atau malas nak study. Bila dah study last minute, banyak pula yang hendak dibaca, dah tentu tak sempat nak kuasai semua silibus. Kesannya dah tentu dapat dilihat pada keputusan peperiksaan. Bila dah selalu result kurang memuaskan, dah tentu motivasi belajar pun akan jatuh.
#4 Antara priority dengan kepuasan diri, mereka pilih...
Ni pula bila kena memilih antara perkara-perkara yang menjadi priority dengan perkara yang memberi kepuasan diri mereka tentunya akan memilih perkara yang lebih memberi keseronokan.
Iyalah antara study dengan bermain games atau bermain dengan kawan-kawan, sudah tentu aktiviti bermain lebih menarik hati.
#5 Susah bangun pagi
Ini bukan sahaja pelajar sekolah rendah dan menengah, di universiti pun sama. Lebih-lebih lagi bila dah berkumpul ramai-ramai, mulalah bersembang sampai subuh.
Bila tak cukup tidur, akan mengantuk seharian terutama waktu kelas. Fokus dan tumpuan akan terganggu dan lebih sukar nak faham topik yang diajar guru. Bila dah hari-hari tak cukup tidur, mestilah skor pun terjejas.
Dan sebagai ibu bapa, sudah tentu kita tidak mahu keadaan ini terus-terusan terjadi pada anak-anak.
Sebab itu anda kena dapatkan Eskayvie Mindtropic!
Macam mana Eskayvie Mindtropic dapat membantu anak-anak untuk skor dalam peperiksaan?
Eskayvie Mindtropic ni adalah suplemen minda yang diformulasikan oleh doktor perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri.
Ianya diperbuat daripada bahan Nootropik dan Adaptogen seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa Monnieri, Selenium dan Magnesium yang membantu menguatkan ingatan dan fokus.
Produk ini diformulasi daripada 100 peratus bahan semulajadi, tanpa gula tambahan, tanpa perasa dan pewarna tiruan, bebas mikrob dan logam berat, jadi sesuai diambil sebagai makanan tambahan untuk anak-anak sekolah.
Bila anak tidak mengantuk, sudah tentu dapat fokus sepenuhnya di dalam kelas dan lebih faham topik yang disampaikan guru. Nak ulang kaji pun senang dan tak stress. Secara tak langsung membantu anak anda untuk kekal positif terutama menjelang peperiksaan dan bersemangat untuk memberikan yang terbaik.
Jadi tak perlu nak stay up lama-lama. Bolehlah tidur awal dan bangun dengan segar dan cergas ke sekolah!
Dah, #JanganStresStres. Ingin rasai sendiri perubahan anak-anak? Dapatkan #EskayvieMindtropic hari ini. Layari Eskayvie Malaysia untuk info lanjut.