Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Doktor Kongsikan Antara Faktor Risiko Kanser Ovari

Kaum wanita kena ambil tahu mengenai ini.
Aimi Amira Nordin
20 Jun 2022, 04:18 PM

doktor kongsikan antara faktor risiko kanser ovari

Terdapat pelbagai jenis kanser yang ada dan salah satunya adalah kanser ovari yang terjadi kepada kaum wanita. 

Dr Khairul Hafidz melalui Twitter ada berkongsikan beberapa faktor risiko terjadinya kanser ovari. 

Antara factor risiko kanser ovari adalah :

  • Menua

Kanser jarang berlaku kepada mereka yang berumur kurang daripada 40 tahun. Kebanyakan kanser ovari berlaku setelah Wanita menopause. Separuh daripada kanser ovari dijumpai pada Wanita yang berumur 63 tahun dan ke atas.

  • Berlebihan berat badan atau obesity

Obesiti dengan BMI lebih daripada 30 telah dikaitkan dengan peningkatan risiko untuk mendapat kanser

  • Mendapat anak lewat atau tidak pernah mengandung penuh (full term pregnancy)

Wanita yang mengandung penuh selepas umur 35 tahun atau tidak pernah mengandung penuh mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari.

  • Mengambil hormone setelah menopause

Wanita yang mengambil hormone terapi estrogen sahaja atau Bersama hormone progesterone mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapatkan kanser

  • Sindrom kanser keluarga

        25% dari kanser ovari adalah dari sindrom ini. Antaranya adalah hereditary breast and ovarian cancer         syndrome (HBOC), hederetary nonpolyposis colon cancer (HNPCC). Peutz-Jeghers syndrome, MUTYH-associated polyposis

  • Menggunakan rawatan fertiliti

Ada kajian yang mengaitkan rawatan fertility dengan IVF boleh menyebabkan kanser ovari. Jika anda ingin menjalani rawatan fertiliti, berbincang dahulu dengan doctor pakar yang merawat.

  • Pernah menghidap kanser payudara

Pesakit kanser payudara mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser ovari

  • Merokok

Merokok tidaklah meningkatkan risiko kanser ovari secara keseluruhan, akan tetapi ia mempuyai kaitan dengan peningkatan risiko ketumbuhan jenis mucinous.

Namun, ada beberapa faktor yang mengurangkan risiko kanser ovari antaranya adalah :

  • Mengandung dan menyusu

Wanita yang mengandung penuh sebelum umur 26 tahun mempunyai risiko yang lebih rendah. Menyusu boleh mengurangkan lebih lagi risiko kepada wanita. 

  • Menggunakan pil kehamilan

Wanita yang menggunakan pil oral mempunyai risiko untuk mendapat kanser. - Cara kawalan kehamilan lain seperti tubal ligation, dan penggunakan jangka masa pendek IUD mempunyai kaitan untuk mengurangkan risiko kanser.

Sumber : Twitter Dr Khairul Hafidz / American Cancer Society

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.