Kredit gambar utama: Shutterstock
Anak-anak yang berada dalam lingkungan usia 11 hingga 19 tahun walaupun boleh berdikari dan mengurus diri tetapi tidak bermakna mereka boleh diabaikan dan diberi kebebasan bertindak mengikut hati.
Sebaliknya pada usia ini, ibubapa perlu memantau proses tumbesaran dan memberi perhatian penuh kepada mereka. Iyalah, mereka sedang melalui fasa transformasi penting dari zaman kanak-kanak ke alam remaja yang dipanggil akil baligh.
#1
Pada fasa ini, tumbesaran berlaku dengan cepat dan ketara termasuk pertambahan ketinggian dan berat badan. Kalau dari segi emosi, kebanyakan mereka inginkan kebebasan, sudah mula mempunyai perasaan suka kepada jantina berbeza disebabkan perubahan hormon dan mereka mudah percaya dengan rakan-rakan baik.
#2
Perempuan akan mengalami fasa kematangan lebih awal iaitu seawal usia 10 tahun manakala lelaki pada usia 12 tahun. Dan pada fasa ini yang mengambil masa kira-kira 4 tahun yang dikenali sebagai fasa Lonjakan Pertumbuhan Keemasan, perubahan yang paling ketara pada fasa ini ialah ketinggian.
Kadar lonjakan pertumbuhan ini berbeza di antara individu dan bergantung kepada faktor genetik dan pemakanan. Selepas tempoh 4 tahun ini, pertumbuhan ketinggian akan berkurangan secara drastik dan berhenti sepenuhnya menjelang usia 18-19 bagi perempuan dan 19-20 bagi lelaki.
#3
Perubahan lain termasuklah ciri-ciri seksual sekunder iaitu bentuk badan mula berubah; dada dan punggung semakin membesar untuk perempuan, lelaki pula otot semakin melebar.
#4
Bulu-bulu mula tumbuh di beberapa bahagian badan termasuk bawah lengan dan di sekitar muka bagi lelaki.
#5
Perempuan akan mula keluar darah haid manakala suara kanak-kanak lelaki akan mula pecah (suara bertukar garau).
Ibubapa, jangan terlepas keperluan-keperluan semasa akil baligh!
Dari segi emosi, ketika inilah anak-anak perlukan bimbingan ibubapa untuk memberi galakan, luangkan masa bersama, menjadi kawan dan penasihat agar mereka tidak tersalah membuat pilihan yang boleh mempengaruhi kehidupan mereka.
Dari segi fizikal, fasa inilah ibubapa perlu pastikan anak-anak mendapat nutrisi penuh daripada pemakanan agar mereka dapat membesar dengan optimum serta berkeyakinan untuk melakukan aktiviti fizikal setiap hari.
Kalau tabiat makan anak sentiasa tidak teratur, anda boleh berikan anak-anak Appeton Essentials Teengrow yang diformulasi daripada 18 multivitamin dan mineral seperti magnesium, vitamin D, kalsium, zink, folat dan kuprum yang penting untuk tumbesaran fizikal dan tulang anak remaja semasa akil baligh.
Appeton Essentials Teengrow sesuai juga diambil oleh remaja yang mempunyai intoleransi laktoksa. Layari website Appeton untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.