
Badan kita memerlukan kolestrol untuk penjanaan haba namun jika berlebihan ianya akan membawa penyakit yang kronik kepada tubuh. Di sini, kami ingin berkongsi kepada anda petua untuk menurunkan paras kolestrol.
Perkongsian Lin Zalikha ini mudah saja. Wanita ini menjadikan jus minuman ini sebagai amalan harian untuk menurunkan paras kolesterol.
"Kawan saya Cina, bekas cikgu sekolah satu kelas pagi dengan saya. Dia bagi saya tip hanya guna dua bahan sahaja." Katanya dalam status facebooknya.
Bahan-bahan
30 ulas Bawang Putih - yang besar-besar
5 biji lemon - dipotong sekali dengan kulit
Caranya
1. Kisar semua bawang putih dan lemon dengan 1 liter air.
2. Masak sampai mendidih.
3. Simpan dalam peti sejuk.
Amalkan Sebelum Sarapan
* Setiap pagi ambil 10 atau 15 ml (lebih kurang 1 penutup plastik) dan minum.
* Pada yang tak boleh minum, boleh campurkan dengan sedikit madu.
Nota
Bagi yang kolesterolnya tinggi boleh minum pada sebelah pagi dan malam sebelum tidur.
Sumber dari Facebook Lin Zalikha
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.