Kredit: rawpixel.com/freepik
Minuman ini memang nampak menyegarkan tetapi pada bulan puasa dia akan jadi sangat luar biasa terutamanya menjelang beberapa jam sebelum waktu berbuka. Betul, tak? Dan disebabkan kita disunatkan untuk berbuka dengan hidangan manis seperti kurma dan madu, sudah tentu honeyB menjadi pilihan terbaik untuk anda yang inginkan kesegaran segera, kerana minuman ini diperbuat 100 peratus daripada madu asli!
Kredit: honeyB
Umum mengetahui ada banyak kebaikan madu asli sehinggakan ianya digunakan sebagai makanan dan dalam bidang perubatan sejak zaman-berzaman. Madu asli kaya dengan campuran berasas makanan bermanfaat dan dipercayai tinggi kebaikan dari sudut kesihatan.
Atas sebab itu madu asli diangkat sebagai superfood, dan merupakan makanan yang baik untuk diambil setiap hari. Ini kami kongsikan antara kebaikan madu asli.
1. Tinggi Antioksida
Madu asli kaya dengan bahan kimia tumbuhan yang baik dan enzim yang bertindak sebagai pengaktioksida bagi membantu melindungi sel tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas, serangan jantung, strok dan kanser.
2. Membantu Merendahkan Paras Kolesterol
Kolesterol jahat atau low-density lipoproteins (LDL) yang tinggi meningkatkan risiko penyakit dan serangan jantung serta strok. Madu asli boleh dipercayai boleh merendahkan kolesterol jahat, indeks glisemik dan untuk jangka masa panjang merendahkan paras kolesterol.
3. Sumber Tenaga
Madu asli mengandungi karbohidrat dan kaya dengan fruktosa dan glukosa, sumber tenaga yang baik. Glukosa dapat diserap oleh tubuh dengan cepat untuk memberikan tenaga segera, manakala fruktosa pula diserap lebih lambat bagi membekalkan tenaga yang lebih lama.
4. Baik Untuk Jantung
Madu asli kaya dengan fenolik yang dipercayai mampu mengurangkan risiko penyakit jantung. Madu membantu membesarkan arteri di jantung, meningkatkan aliran darah ke jantung dan mencegah penggumpalan darah yang menyebabkan serangan jantung dan strok.
5. Madu Bersifat Antibakteria
Madu asli sememangnya berupaya menghapuskan bakteria. Menurut satu kajian, madu asli mampu menghapuskan beberapa jenis bakteria termasuklah E. coli dan salmonella.
Memang banyak kebaikan madu, ni kan? Tetapi kenalah pastikan anda ikut kaedah pengambilan madu yang betul untuk kesan yang optimum.
Untuk anda yang menggemari madu, apa kata anda cuba minuman berkarbonat honeyB yang diiktiraf sebagai Best Healthy Sparkling Drink 2019 ni. Produk ini diperbuat daripada 100 peratus madu asli dari Australia dan kaya dengan vitamin, nutrien dan mineral. honeyB juga tidak mengandungi pewarna tambahan, tiada gula tambahan dan tiada perasa tambahan.
Kredit: honeyB
Menariknya, honeyB ni bukan sahaja sangat menyegarkan bila diminum begitu sahaja terutamanya selepas seharian berpuasa, tetapi ianya boleh dicampurkan dengan beberapa bahan untuk dijadikan minuman berbuka puasa yang ‘terangkat’!
Kredit: honeyB
Kredit: honeyB
Rasanya? Manis-manis madu dan segar memang sesuai sangat diambil dalam bulan puasa ni. Barulah bertenaga je sepanjang hari. Iyalah, madu kan membekalkan tenaga dan membuatkan anda segar sepanjang hari.
Kredit: honeyB
Nak lagi menarik? Anda boleh dapatkan pek Raya honeyB #kitajagakita yang mengandungi 6 tin produk ini untuk peluang menyertai peraduan SINAR Belanja Bersama honeyB. Hadiah keseluruhan sebanyak RM30,000 menanti anda!
Kredit: honeyB
Apa tunggu lagi? Jomlah dapatkan segera. Info lanjut klik di sini. honeyB, Minuman Sparkling Madu Asli, nikmati kesegaran madu asli di pasaraya berhampiran atau anda boleh dapatkannya secara online di Shopee dan Lazada! honeyB, Hidup Bermutu, Layan Madu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.