tips kesihatan Mitos Cuci Gigi Yang Korang Tak Patut Percaya Kita disarankan untuk dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan. Editor 11 Nov 2019, 07:00 AM Share Tweet Scaling adalah rawatan terbaik untuk merawat karang gigi. Kita disarankan untuk dapatkan pemeriksaan gigi setiap 6 bulan. Namun begitu, ada beberapa mitos tentang cuci gigi yang kita tidak patut percaya dan ini antaranya.Scaling menyebabkan gigi jarang Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.Scaling menjadikan gigi nipis Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.Scaling menjadikan gigi sensitif Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi TERDEDAH & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulalh scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitifScaling menyebabkan gigi bergoyang Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah BERKURANG apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.Scaling untuk putihkan gigi Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.Scaling untuk putihkan gigi Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.KreditTwitter Iqbal Rosali. Share Tweet Filled Under : *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.