
Sakit gigi je pegi klinik eh? Cuba korang jangan bergantung dengan ubat klinik, dan cuba petua yang kami nak kongsikan ni. Lagi berkesan tau!
1)Tomato
Belah dua bahagian tomato tersebut dan letak pada bahagian yang korang rasa sakit. Sebaik sahaja rasa sakit tu hilang, korang kumur pula dengan air okay! Percaya tak kalau gigi korang dimakan ulat, dengan sendirinya ulat tu akan keluar tau!
2) Garam, Air dan Limau Nipis
Belah empat limau nipis dan rebus bersama garam dan air hingga mendidih. Tunggu air tersebut jadi suam sebelum korang kumur.. Korang lakukan setiap hari hingga sakit tu berkurangan..
3)Daun Sireh
korang ambil 15 helai daun sireh tua dna rebus dengan 5-6 gelas air hingga mendidih. Kornag biar ia jadi sejuk, korang tapis dan kumur dengan air sireh tersebut.
4) Air Garam
ambil satu sudu garam dank orang bancuh bersama satu cawan air panas. Kacau hingga larut dan biar ia jadi suam terlebih dahulu sebelum korang kumur dengan air larutan tu.
5)Lidah Buaya
Ambil sahaja isi lidah buaya dan lumur di tempat yang sakit. . Korang tunggu 2-3 jam je sakit akan hilang.
6)Bawang putih
Hiris bawang putih dan tampal pada gigi yang sakit. Biar je dalam masa 1 jam tau.
7) Asam jawa
Amabil asam jawa dan goreng selama beberapa minit. Kemudian langkah seterusnya kornag perlu bakar sedikit garam dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan itu dan tampal pada gigi korang yang sakit.
8)Bunga cengkih
Korang gigit 3 bunga cengkih pada gigi yang sakit. Untuk gigi yang berlubang, korang tumbuk bunga cengkih dan isi dalam gigi yang berlubang. Kemudian tutup pakai kapas okay!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.