Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tips kesihatan

Situasi Kecemasan Yang Selalu Terjadi, Buat Kita Fikir “Alangkah Bagusnya Kalau Kita Ada Ilmu Pertolongan Cemas”

Bolehlah beri bantuan awal!
Izza Yatim
03 Nov 2021, 01:37 PM

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

Tiada siapa mahukan situasi kecemasan, lebih-lebih lagi jika ianya terjadi di depan mata. Sudah menjadi kebiasaan jika situasi kecemasan berlaku, kita akan panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

Ada banyak insiden kecemasan yang boleh berlaku seperti tercekik, kemalangan, tetapi antara yang sering terjadi dan perlukan bantuan segera adalah serangan jantung dan jantung terhenti. 

Alangkah baiknya jika kita mampu menjadi orang terawal yang datang membantu menyelamatkan nyawa, bukan sekadar berada di tepi menunggu ambulans tiba, kan?

 

Serangan jantung dan jantung terhenti

Nampak macam sama tetapi serangan jantung dan jantung terhenti adalah dua perkara berbeza. Mereka yang mengalami serangan jantung, berisiko untuk alami jantung terhenti. Kedua-duanya adalah kes kecemasan yang perlukan bantuan segera untuk menyelamatkan nyawa.

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

 

Serangan jantung

Saluran darah pada jantung mengecil atau tersumbat disebabkan oleh kolesterol. Kebiasaannya pesakit masih sedar tetapi mengadu sakit dada dan sukar untuk bernafas.

Jika dibiarkan, pesakit boleh mengalami masalah yang lebih besar kepada jantung dan tidak sedarkan diri.

Jantung terhenti

Gangguan pada ritma elektrik jantung. Pesakit tidak sedarkan diri dan berhenti bernafas ataupun bernafas secara tidak normal. Untuk masalah jantung terhenti, pesakit perlukan bantuan kecemasan dengan segera.

Jika mangsa tidak sedarkan diri di depan mata, apa yang perlu anda lakukan?

#1 Pastikan persekitaran selamat. Baringkan pesakit di atas lantai.

#2 Periksa keadaan pesakit, adakah dia mampu memberikan tindak balas kepada anda.

#3 Dapatkan bantuan orang lain untuk hubungi talian kecemasan dan mengambil AED (Automated External Defibrillator) sekiranya ada.

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

#4 Periksa adakah pesakit bernafas atau bernafas secara tidak normal.

#5 Letakkan tapak tangan di bahagian tengah dada, tekan dengan kedalaman sekurang-kurangnya dua inci dengan kadar 100 ke 120 kali seminit.

#6 Gunakan AED (jika ada)... Jika tidak, teruskan dengan CPR sehingga pesakit mula bernafas, memberikan tindak balas atau sehingga ambulans tiba.

Kejadian kecemasan seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa dan pada bila-bila masa tidak kira di rumah, pejabat atau di tempat awam. 4 minit pertama adalah saat genting yang perlu digunakan sebaiknya. Tahukah anda 70% daripada kejadian jantung terhenti berlaku di rumah? Dan tahukah anda, CPR mampu meningkatkan kadar peratusan individu untuk selamat dua ke tiga kali ganda.

Jika CPR atau AED tidak dilakukan, kadar peratusan pesakit untuk selamat berkurangan 7 ke 10 peratus setiap minit!

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

Sebab itu penting untuk kita lengkapkan diri dengan ilmu asas pertolongan cemas, CPR dan AED terutamanya bagi anda yang tinggal bersama golongan yang berisiko tinggi atau perlukan perhatian khusus seperti kanak-kanak, pesakit mental, Orang Kurang Upaya (OKU), orang tua atau mereka yang menghidap penyakit kronik. Siapa tahu kita mungkin mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

 situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

Jom sertai kursus asas pertolongan cemas di CERT Academy

Bukan sekadar ilmu CPR dan AED sahaja, ada banyak lagi ilmu asas pertolongan cemas yang anda akan pelajari.

Selain daripada latihan bantuan awal kecemasan dan keselamatan kepada individu, CERT Academy turut menyediakan latihan berkumpulan kepada korporat. Sehingga kini CERT Academy telah memberi latihan kepada lebih 80,000 ahli pertolongan cemas di Malaysia, Singapura dan Brunei.

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

10 Sebab Kenapa Anda Perlu Sertai Kursus Pertologan Cemas di CERT Academy:

  1. Latihan simulasi
  2. Jurulatih berpengalaman dan berkelayakan
  3. Pengiktirafan antarabangsa
  4. Jaminan wang dikembalikan
  5. Pembelajaran berkonsepkan “team building”
  6. Modul direka mengikut garis panduan terkini AHA & DOSH
  7. CEP points (Program Pendidikan Berterusan) diperakui
  8. Boleh membuat tuntutan HRDF
  9. Sijil sah selama 3 tahun
  10. Penghantaran sijil dalam tempoh 21 hari

Tunggu apa lagi? Jom daftar sekarang untuk mendapatkan kelas CPR dan AED PERCUMA di https://bit.ly/freecpraedcourse

situasi kecemasan yang selalu terjadi, buat kita fikir “alangkah bagusnya kalau kita ada ilmu pertolongan cemas”

Kredit: CERT Academy

Kelas akan dilakukan secara atas talian di aplikasi Zoom pada setiap Sabtu, mulai jam 10 pagi hingga 1 petang. Layari Facebook, laman web atau hubungi mereka di WhatsApp sekarang! Cepat! Tempat adalah terhad. ‘One Home, One First Aider’.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }