Kredit gambar utama: Bruce Mars/Pexels
Parut merupakan sebahagian proses pemulihan disebabkan oleh penghasilan kolagen berlebihan pada luka. Parut boleh disebabkan oleh bekas jerawat, kesan terbakar, gigitan nyamuk, chicken pox, pembedahan dan luka.
Ada orang yang mengambil masa lebih lama untuk pulih daripada kesan parut, ada pula yang lebih cepat. Parut tidak hilang tetapi menjadi semakin kurang ketara.
Tabiat harian kita turut memainkan peranan dalam proses memudarkan kesan parut. Anda mungkin tidak sedar tindakan ini mengundang masalah yang lebih besar.
#1 Jangan Picit Atau Garu
Kredit: Shutterstock
Gigitan nyamuk dan chicken pox misalnya menyebabkan rasa gatal di kawasan terlibat. Tangan ni ‘gatal’ je kan nak tarik dan garu kawasan terlibat. Tahukah anda tindakan yang nampak biasa ni boleh menyebabkan parut bertambah teruk dan mengambil masa lebih lama untuk pulih?
#2 Picit Jerawat
Kredit: Shutterstock
Pantang nampak jerawat, cepat je nak picit kan? Tindakan ni boleh tinggalkan parut atau lebih teruk kawasan hitam yang dipanggil hiperpigmentasi pada wajah. Sesetengah jerawat yang dipicit akan pecah di bawah permukaan kulit, sesetengahnya pula tidak. Terdapat bakteria pada kulit yang boleh tersebar dan menyebabkan radang dan jerawat tumbuh lebih banyak jika disentuh.
#3 Tutup Parut
Kredit: Shutterstock
Tak salah nak tutup parut jika perkara itu membuatkan anda lebih yakin. Tetapi jika cara yang digunakan salah, parut serta jerawat menjadi lebih teruk. Penggunakan alat solekan misalnya boleh menutupi parut dan jerawat tetapi pada masa sama menyebabkan jerawat lebih kelihatan jika anda menggunakan produk yang salah.
#4 Tidur Tanpa Membuang Mekap
Kredit: Shutterstock
Tidur dengan mekap boleh membuatkan liang roma tersumbat dan lebih banyak sebum akan terhasil. Pengeluaran sebum berlebihan akan menyebabkan lebih banyak parut dan lama kelamaan akan menjejaskan kebolehan kulit untuk baikpulih sendiri.
#5 Kopek Luka
Kredit: Shutterstock
Proses penyembuhan luka ada banyak peringkat. Sebelum luka tertutup sempurna akan terbentuknya jaringan salur darah yang berwarna kemerah-merahan atau kadang kala kehitaman. Ramai yang suka menarik lapisan ni tanpa sebab. Tapi tindakan ini menyebabkan luka lambat sembuh dan parut lebih dalam.
Orang kata barang yang lepas usah dikenang, tak perlu ditangisi parut di wajah sebaliknya mulalah bertindak untuk menghilangkannya atau membuatkannya kurang ketara. Anda boleh gunakan Produk Parut dan Stretch Mark No.1 Terlaris Di Malaysia (Nielsen 2016), Bio-Oil yang terbukti mampu membuatkan parut baru atau lama kurang ketara jika digunakan dengan konsisten.
Bio-Oil diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan, vitamin dan ramuan unggul iaitu PurCellin Oil™ yang membolehkan minyak rasa tidak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit. Sapukan Bio-Oil dua kali sehari, setiap hari di kawasan parut setelah luka sembuh.
Dapatkan Bio-Oil di farmasi serta kedai barangan penjagaan harian di seluruh negara, dan layari Facebook untuk maklumat lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.