Tak ada yang lebih bermakna apabila memandu dengan keadaan yang tenang sambil melihat matahari terbenam dan mendengar muzik. Namun ada juga yang hamper jatuh apabila melalui jalan di tebing curam.
Jalan-jalan yang bahaya di seluruh dunia ini akan membuatkan adrenalin anda laju atau sekurang-kurangnya memberi pandangan yang tak pernah ada rasa sebelum ini. Ada jalan yang hanya ada sehari dan keesokannya hilang. Apa yang pasti ikat tali pinggang keledar anda sebelum berangkat ke mana mana jalan ini.
#1. Zoji La, India

Jalan 5.6 batu ini menghubungkan Ladakh dan Kashmir dan merupakan jalan kedua tertinggi di lebuh raya Srinagar –Leh pada 11.575 kaki.
#2. Transfagarasan, Romania

Jalan ini di antara dua puncak tertinggi Romania
#3. Dalton Highway, Alaska

James W. Dalton Highway mendapat nama dari rancangan televisyen popular Ice Road Truckers dan terdiri daripada jalan raya 414 batu tandus dengan hanya 3 kampung kecil sepanjang jalan.
#4. Khardung La, India

Dikatakan jalan motorsikal tertinggi di dunia, sebenarnya terdapat beberapa jalan lain yang lebih tinggi. Walaupun begitu, pada 17.582 kaki, Khardung La boleh dikatakan berada di langit.
#5. Guoliang Tunner, China

Jalan melalui pergunungan Taihang dibina penduduk setempat. Sehingga tahun 1972 jalan yang terpahat ke dalam batu itu seolah olah hubungan antara Kampung Guoliang dan dunia luar. Mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan terowong 1200 meter iaitu kira kira 5 meter tinggi dan 4 meter lebar.
#6. Passage du Gois, France

Tambak ini merupakan 2.7 batu panjang yang hanya boleh dilalui beberapa jam sehari. Selebihnya, ia tenggelam di Atlantik oleh air pasang
#7. Tianmen Mountain Road, China

6.8 batu jalan ini mempunyai 99 selekoh untuk sampai ke puncak gunung itu.
8. col de la Bonette, France

Terletak di ketinggian 8907 kaki di Alps Perancis, berhampiran sempadan Itali
#9. Gotthard Pass, Switzerland

Jalan ini menghubungkan Uri dan Ticino di Switzerland
#10. Caucus Mountain Road, Russia

Jalan yang sempit dari Sochi ke Tasik Ritsa di pergunungan Caucasus
Sumber: mashable.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.