Baru-baru ini, sebuah video tular menjadi perhatian warganet apabila seorang penghantar makanan dan beberapa individu bergaduh sehingga melibatkan aksi tumbuk-menumbuk.

Malah, lebih 11 individu yang terlibat dipanggil ke balai polis untuk membantu bagi siasatan lanjut.
Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistan Komisioner Ismail Dollah, pihaknya memaklumkan kesemua lelaki yang ditahan berusia antara 17 hingga 62 tahun.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat menerima laporan polis pada pukul 2.30 petang semalam berlakunya pergaduhan antara pengadu dan ahli keluarganya dengan seorang lelaki penghantar makanan di sebuah rumah inap desa di Sri Gading, Batu Pahat, semalam.
“Dalam kejadian ini, penghantar makanan turut membuat laporan berhubung kejadian itu. Kedua-dua pengadu mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan badan.
“Susulan laporan ini, polis menahan 11 lelaki warga tempatan berusia lingkungan 17 sehingga 62 tahun,” katanya.
Tambahnya, pihaknya sedang menyiasat dan akan mengenalpasti punca utama kejadian ini boleh berlaku.
Sumber: Kosmo Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.