Penduduk Korea Selatan terkejut apabila dua buah lori tenggelam di dalam sebuah lubang benam gergasi yang terbentuk selepas hujan lebat di bandar raya Busan, Korea Selatan.

Malah, lubang benam itu berukuran 10 meter X 5 meter dengan kedalaman 8 meter.
Memetik laporan The Korea Herald, kedua-dua trak itu tenggelam ke dalam lubang itu kira-kira pukul 8.45 pagi (waktu tempatan) awal semalam.
Namun, tiada laporan tentang kecederaan dalam kejadian itu.
Cuaca di bandar Busan itu dilanda hujan lebat sejak kelmarin dan pembentukan sebuah lubang benam gergasi di Seoul menggemparkan penduduk Korea Selatan.
Sepasang suami isteri warga emas yang menaiki sebuah kenderaan cedera akibat kejadian itu.
Sumber: Kosmo Online / The Korea Herald
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.