Kita selalu dengar dan melihat kanser ini kebanyakannya menyerang kaum hawa. Antara kanser yang paling popular ialah kanser payu dara. Tapi sebenarnya, lelaki juga boleh mengalami kanser ini dan beberapa kanser yang lain.
Ini adalah 3 jenis kanser yang sering menyerang lelaki
#1 Kanser Prostat
Kanser Prostat adalah kanser nombor satu yang berpotensi untuk menyerang kaum lelaki. Pada tahun 2007, 160 dari setiap 100,000 lelaki telah didiagnose dengan kanser ini. Malah, lebih 29,000 lelaki mati disebabkan kanser ini. Lebih parah lagi, kanser ini tidak mengeluarkan sebarang symptom. Hanya pemeriksaan berkala sahaja dapat mengesan kanser ini.
#2 Kanser paru-paru
Kanser ini menyerang 81 setiap 100,000 orang lelaki. Walaupun kanser ini tidaklah ramai yang terkena tetapi kanser ini penyebab kematian nombor 1. Menurut kajian, lebih 88,000 lelaki yang mengidap kanser ini telah maut.
#3 Colorectal Cancer
Kanser ini berkaitan dengan usus dan penyumbang ketiga tertinggi selepas kanser paru-paru dan prostat. Kanser ini menyerang 53 setiap 100,000 orang lelaki. Dianggarkan lebih 27,000 orang maut disebabkan kanser ini.
Sumber: Everyday Health
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.