Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Muzik Retro Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Muzik Retro Terbaik

trending

30 Kapal Flotila Berjaya Lepasi Tentera Israel, Dua Lagi Kapal Terus Berlayar Ke Gaza

ROSTAM, Mohamad Firdaus
02 Oct 2025, 10:13 AM

30 kapal flotila berjaya lepasi tentera israel, dua lagi kapal terus berlayar ke gazaFoto: Astro AWANI

Sekurang-kurangnya 30 kapal daripada konvoi bantuan Global Sumud Flotilla (GSF) dilaporkan berjaya mengelak daripada ditahan oleh tentera laut Israel dan kini berada kira-kira 85 kilometer dari pesisir Gaza.

Dalam pada itu, penganjur GSF turut mengesahkan bahawa dua lagi kapal iaitu Meteque dan sebuah kapal layar bernama All In terus meneruskan pelayaran menuju ke Gaza meskipun diarah berhenti oleh Israel.

Pada jam 2 pagi waktu Gaza, kedua-dua kapal berkenaan berada sekitar 60 batu nautika (111 kilometer) dari pantai Gaza. Kedudukan terkininya masih belum dapat dipastikan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan sebaik tersedia.

Misi kemanusiaan ini disifatkan sebagai yang terbesar ke Gaza setakat ini, dengan hampir 50 kapal dan lebih 500 aktivis dari 44 negara mengambil bahagian. Mereka membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej solidariti kepada penduduk Gaza yang berdepan krisis kemanusiaan akibat sekatan dan konflik berpanjangan.

 

 

Sebelum ini, beberapa kapal telah dipintas secara paksa oleh tentera Israel di perairan antarabangsa, termasuk kapal yang membawa aktivis alam sekitar Greta Thunberg dan ahli politik Afrika Selatan, Mandla Mandela. Namun, sebahagian besar armada berjaya melepasi zon kawalan Israel dan menghampiri perairan Gaza.

Penganjur GSF menyifatkan kejayaan menembusi sekatan maritim itu sebagai pencapaian penting dalam usaha solidariti global. Mereka menegaskan bahawa misi ini adalah aman, mematuhi undang-undang antarabangsa dan tidak membawa sebarang ancaman ketenteraan.

 

 

Perkembangan flotila ini terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Beberapa negara seperti Colombia, Venezuela dan Malaysia telah mengecam tindakan Israel serta menyuarakan sokongan penuh terhadap usaha kemanusiaan tersebut.

Sumber: X

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us