Kredit: Shutterstock (Diedit oleh SINAR)
Pening nak bergaya macam mana raya ni? Apa kata anda check out warna gradient yang tengah trending? Confirm gambar OOTD raya anda nampak lebih meletops!
Siapa pereka grafik mesti tau apa itu warna gradient, tapi bagi anda yang tak tau, warna gradient tu lebih kurang macam warna pelangi yang mengalami perubahan warna secara halus.
Nampak macam susah, tapi nak apply solekan berwarna gradient ni sebenarnya tak leceh mana pun, asalkan anda pandai blend in warna yang berlainan untuk mencipta efek gradient.
Anyway, ni 4 cara untuk anda gayakan warna gradient masa raya nanti:
#1 Bibir berwarna gradient
Kredit: Instagram
Cuba tengok contoh di atas ni, nampak sweet je kan. Kalau anda perasan, warna bibir dia ada campuran daripada warna merah, merah jambu, ke putih. Perubahan daripada warna gelap (bahagian dalam bibir) ke warna cerah (bahagian hujung bibir) jelas ketara.
#2 Solekan mata bergradient
Kredit: Instagram
Untuk anda yang suka kelihatan glamor masa raya, solekan mata bergradient memang sesuai untuk anda. Dalam contoh di atas ni, kelihatan perubahan warna dari biru ke ungu, dan campuran warnanya nampak flawless sekali!
#3 Kuku berwarna gradient
Kredit: Instagram
Siapa yang suka warnakan kuku pasti akan suka dengan kuku berwarna gradient. Kalau anda ada bajet lebih, anda boleh juga tambahkan hiasan pada kuku contohnya seperti manik-manik halus. Pastikan anda gunakan cat kuku yang halal dan mesra wuduk untuk solat.
#4 Padankan mata, bibir, dan kuku bergradient anda dengan Siri Huawei nova 4!
Bila dari atas sampai bawah pakai warna gradient, jangan lupa padankannya dengan phone Huawei nova 4e ni (Peacock Blue):
Selain warna gradient dia yang menyerlah, nova juga sesuai untuk anda yang gemar berselfie sebab ia ada 32MP AI Super Selfie dan AI beautification yang boleh mencantikkan lagi gambar-gambar anda dengan mudah. Ada banyak sebab kenapa anda akan obses dengan siri nova ni!
Kalau berminat, anda boleh beli phone nova di mana-mana cawangan kedai Huawei yang rasmi ataupun kedai Huawei dalam talian. Kalau anda beli nova di kedai Huawei, anda boleh dapatkan B5 band dengan percuma!
Selain tu, bermula dari 10 hingga 24 Mei, anda boleh menangi dua tiket pergi dan balik ke Tokyo, Jepun dengan Promosi Huawei dalam talian.
Jadi jangan lepaskan peluang ni!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.