Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

4 Sebab Anda Kena Beli Barang Raya Di Pusat Membeli-Belah Ni!

Jom beli barang raya sambil menderma.
Editor
15 May 2020, 12:13 PM

4 sebab anda kena beli barang raya di pusat membeli-belah ni!

Kredit: Freepik

Walaupun Raya untuk tahun ini agak berlainan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ia tak bermakna kita tak boleh nak menyambut Hari Raya seperti biasa langsung. Raya tetap Raya! Kita telahpun dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan mengikut syarat yang ditetapkan.

Dan untuk raya tahun ini, apa kata anda beli segala kelengkapan raya di GM Klang? Ini empat sebab utama untuk anda membeli-belah di pusat membeli-belah yang terkemuka ni:

#1 Pelbagai pilihan produk pada harga yang murah!

Dari baju raya, perabot, hinggalah aksesori kereta, sebut saja apa yang anda nak cari, semuanya ada di GM Klang tau!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

Urusan anda menjadi lebih mudah dengan adanya semua barangan yang diperlukan di bawah satu bumbung. Lepas ni tak perlu bersusah-payah kesana kesini, terutama di musim pandemik ni. Kalau tak sempat nak masak juadah untuk berbuka, boleh saja tapau di restoran-restoran yang ada. 

#2 Beli Sambil Derma

GM Klang tidak ketinggalan memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan kerja-kerja amal apabila menganjurkan kempen ‘Beli Sambil Derma’ yang telahpun bermula sekarang sehingga 23 Mei ini.

Di bawah kempen ini, pelanggan yang telah berbelanja sebanyak RM100 dan ke atas di mana-mana kedai di GM Klang layak untuk membeli produk istimewa yang ditawarkan dengan hanya RM2!

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

Bagi setiap pembelian tersebut, GM Klang akan menambah RM3 lagi dan ini bermakna sebanyak RM5 akan disalurkan kepada badan kebajikan bagi setiap produk istimewa yang ditebus oleh para pelanggan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

Berikut adalah langkah ringkas penyertaan aktiviti ‘Beli Sambil Derma!’ ni:

Langkah 1: Anda perlu membelanjakan RM100 dan ke atas di mana-mana kedai di GM Klang (dalam satu resit).

Langkah 2: Resit pembelian tersebut perlu disahkan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan GM Klang yang terletak di Tingkat 1 pada hari yang sama.

Langkah 3: Anda perlu membuat bayaran secara tunai atau melalui transaksi online ke nombor akaun bank yang diberikan dan berikan slip transaksi bank kepada nombor Whatsapp Perkhidmatan Pelanggan GM Klang.

Langkah 4: Anda boleh menebus produk istimewa tersebut.

#3 Sesi live shopping raya bersama influencer/selebriti terkenal

Selain itu, GM Klang mempromosikan produk-produk raya peniaga-peniaga mereka melalui sesi live di media sosial GM Klang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

Sesi Live tersebut dikendalikan oleh beberapa influencer atau selebriti terkenal termasuk Fiza Frizzy, Nisa Kay, Elly Arifin, Muaz, dan Fahrin Ahmad. Anda boleh melihat barang-barang promosi di GM Klang melalui dalam talian dan mereka yang berada di luar Selangor juga boleh menempah secara dalam talian.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

Anda boleh ikuti media sosial GM Klang (Facebook dan Instagram) untuk maklumat lanjut. Jangan ketinggalan untuk menyertai sesi-sesi tertentu berikut dari sekarang hingga 21 Mei:

FB: 12pm – 12.30pm, dan 3pm – 3.30pm

IG: 1.30pm – 2pm, dan 4.30pm – 5pm

#4 SOP yang dipatuhi bagi memastikan keselamatan anda

Walaupun kita semua dah pun dibenarkan untuk keluar membeli-belah, masih ramai yang was-was untuk keluar berbelanja kerana pandemik yang masih belum reda ini.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by GM Klang Wholesale City (@gmklang) on

GM Klang mematuhi segala SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di bawah PKPB bagi memastikan persekitaran membeli-belah yang selamat untuk para pelanggan. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari gmklang.com atau laman Facebook dan Instagram GM Klang.

Selamat berbelanja! Raya tetap Raya!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.