Kredit: Shutterstock
Anda perasan tak, asal gambar OOTD je, semua pakat tunduk bawah, tak pun pandang ke tepi. Balik-balik style posing yang sama je. Kalau anda tak reti berposing, ada banyak cara lain lagi untuk bagi gambar-gambar OOTD anda nampak ‘WOW’!
Nak ambil gambar OOTD tak semestinya kena pandai posing depan kamera. Jenis kamera yang diguna, cara penggunaan kamera, props, dan pencahayaan pun kena diambil kira juga tau!
Kalau nak gambar OOTD raya anda setaraf selebriti, ni empat cara mudah dan menarik untuk anda cuba masa raya nanti:
#1 Nak gambar terlihat dramatik? Malapkan gambar
Dah nama pun OOTD, mestilah gambar kena nampak dramatik sikit kan? Bukan selalu boleh bergaya-raya, so show off baju kebaya dan baju kurung anda tu! Cuba malapkan gambar anda macam ni:
Gambar yang berwarna hitam putih ni memberi kesan yang dramatik berbanding biasa. Anda boleh tapis warna yang berlebihan menggunakan Monochrome Mode untuk cipta mood yang sesuai dengan phone Huawei P30 Pro. Kalau nak guna mod ni, pergi Camera > More > Monochrome.
Kredit: Chaz
#2 Eksperimen dengan light painting
Nak OOTD di waktu malam? Takde hal! Sambil-sambil tolong pasang panjut atau main bunga api kat luar rumah, apa kata anda bereksperimen dengan gambar OOTD anda. Kitorang cadang anda try mod yang nampak lebih menyerlah di waktu malam, contohnya macam Light Painting Mode ni:
Kredit: Huawei
Light Painting Mode yang ada dalam P30 ni boleh buat gambar anda nampak lebih artistik.
Untuk anda yang nak ambil gambar subjek yang bergerak, contohnya macam kereta yang tengah meluncur di jalan raya, kapal terbang, atau air sungai yang mengalir, mod ni berkesan dalam mengambil gambar subjek yang bergerak.
Kredit: Huawei Mobile/Facebook
Selain itu juga, Light Painting Mode ni ada empat jenis mod yang anda boleh guna mengikut keadaan cahaya dan jenis subjek. Dengan ni senanglah anda nak setkan ikut keadaan cahaya dan pergerakan bunga api dan mercun anda masa OOTD raya nanti.
Kalau nak gunakan mana-mana mod ni, pergi Camera > More > Light Painting, dan pilih mod mana satu yang anda nak.
Oh ya, kalau kampung anda gelap sangat waktu malam, pakai je Super Night Mode. Gelap macam mana sekalipun, P30 boleh tangkapkan gambar! Tak percaya? Ni buktinya:
Tanpa Super Night Mode. Kredit gambar: Jason (@Smashpop)
Dengan Super Night Mode. Kredit gambar: Jason (@Smashpop)
Nak gunakan mod ni, pergi Camera > Night.
#3 Buat video catwalk dengan geng anda
Bila dah kumpul ramai-ramai dengan geng anda time raya, memang tak sah kalau tak berOOTD! Kali ni, apa kata anda try buat video catwalk instead of gambar OOTD ramai-ramai yang biasa, contohnya macam ni:
#4 Buat video lookbook
Inginkan kelainan? Anda boleh buat video lookbook untuk semua OOTD raya anda! Cuba tengok ni, smart gila dah macam iklan fesyen:
Jadikan OOTD raya anda sebuah cerita yang menarik dengan Dual-View Video Mode yang ada dalam P30 ni. Kalau nak guna mod ni, pergi Camera > More > Dual-View.
Lagi kelebihan Huawei P30 yang takde kat phone lain
Selain design dan warna dia yang cantik gila, ni beberapa kelebihan P30 yang mesti anda suka:
- 50x Zoom – Objek atau subjek yang jauh gila pun boleh nampak tau. Tak caya? Baca artikel ni!
- AI Calorie Counter – Feature ni boleh kira pengambilan kalori anda masa makan supaya anda tak terlebih makan masa jamuan raya nanti.
- AR Measure – Boleh ukur panjang badan anda dengan tepat so anda boleh pilih baju mana yang paling sesuai dan padan dengan anda! Cool kan?
- Super Charge 2.0 – Baru charge 30 minit je bateri dah hampir penuh iaitu sebanyak 70%.
- Bateri yang tahan lama – Nak berOOTD atau video call dengan saudara-mara yang jauh sehari suntuk pun takpe, sebab bateri P30 yang tahan lama.
- OneHop Sharing – Nak terus kongsi gambar OOTD atau video raya anda dengan kawan-kawan dan saudara-mara yang jauh? ‘Scan’kan phone anda kat Matebook 13 dan gambar atau video tu akan dikongsi immediately! Tengok betapa canggihnya feature ni:
Banyak lagi benda cool yang anda boleh buat dengan P30!
Anda boleh trade in phone lama anda sehingga Jun 4 2019 untuk beli P30 dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa. Check out mana-mana kedai Huawei atau dalam talian untuk dapatkan P30 ni.
Selain itu, terdapat juga peraduan Ramadan bagi pencinta Huawei yang membuat pembelian pada 3 Mei sampai 16 Jun:
HUAWEI P30 dan P30 Pro dengan 8GB RAM + 256GB ROM dijual pada harga RM2,699 dan RM3,799 di Kedai Brand HUAWEI dan syarikat telekomunikasi yang utama. Dengan pembelian HUAWEI P30 di Kedai Online Rasmi Huawei, anda akan mendapat Wireless Charging Case dengan percuma manakala pembelian HUAWEI P30 Pro akan mendapat Snorkeling Case (sementara stok masih ada)
Sempena Hari Raya, HUAWEI mempunyai tawaran yang hebat apabila anda membeli siri P30. Anda akan berpeluang menjadi salah seorang daripada 999 pemenang bertuah untuk memenangi HUAWEI M3 Lite dari 3 Mei hingga 16 Jun 2019. Untuk info lanjut, klik https://huawei-raya.com/.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.