Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nak Mulakan Aktiviti Fizikal & Teroka Alam? Ni 5 Aktiviti Yang Anda Boleh Buat Dengan Keluarga Cuti Hujung Minggu Ini!

Bolehlah luang masa berkualiti bersama-sama!
Izza Yatim
08 Dec 2021, 01:01 PM

Artikel ini ditaja oleh FORD

Sekumpulan Remaja Sedang Melakukan Aktiviti Outdoor
Kredit: MiniStocker/Shutterstock.com

Hujung minggu ni tak tahu nak buat apa? Bosan dengan aktiviti biasa? Apa kata anda bawa keluarga lakukan aktiviti fizikal dan terokai alam. Ini antara cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh newbie:

#1 Mendaki 

Ada banyak lokasi pendakian yang mudah dan sesuai untuk seisi keluarga yang boleh anda pilih. Ini antara bukit yang sering menjadi pilihan newbie:

  • Bukit Broga: Antara bukit terkenal dan menjadi lokasi popular pendaki di hujung minggu. Trailnya sesuai untuk seisi keluarga.
  • Bukit Besi: Trailnya tidak berapa mencabar, ada tali yang disediakan untuk mendaki ke kawasan yang agak sukar.
  • Bukit Serdang Trail: Ada beberapa trail, tetapi yang paling mudah adalah Sunrise Peak yang hanya sepanjang 5km dan mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai.
  • Bukit Gasing: Ada beberapa tahap dan trail ke puncak berbeza.  Trailnya agak mendatar dan tidak terlalu curam.

 

#2 Road Trip Terokai Alam 

Sekali-sekala lari daripada trip ke bandar besar atau lokasi popular. Apa kata kali ini anda bawa keluarga nikmati alam. Antara lokasi yang kami cadangkan adalah:

 

  • Kuala Lumpur – Sekinchan - Kuala Selangor – Teluk Intan 

Antara lokasi persinggahan termasuklah Dusun Buah-buahan Selangor Fruit Valley, sawah padi, kilang memproses padi, melihat helang di Pasir Penambang, Taman Alam Kuala Selangor, Taman Ikan Air Tawar dan Kelip-kelip Kampung Kuantan dan menara condong.

 

  • Kuala Lumpur – Janda Baik – Temerloh – Kuantan 

Antara lokasi persinggahan termasuklah Genting Highlands, Bukit Tinggi, Titik Tengah Semenanjung Malaysia, Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Krau Wildlife Reserve, Tasik Chini dan Teluk Cempedak.

 

#3 Berkelah di Air Terjun 

Ada banyak lokasi air terjun menarik yang boleh anda pergi. Jika bawa anak-anak kecil, pastikan lokasinya landai, air tidak terlalu deras dan ada kemudahan asas seperti bilik air dan bilik persalinan. Antara lokasi yang anda boleh pergi termasuklah:

  • Air Terjun Sungai Tua, Ulu Yam
  • Air Terjun Kancing, Selayang
  • Air Terjun Kemensah
  • Air Terjun Sungai Congkak

 

#4 Berkhemah

 Anda nak mulakan aktiviti berkhemah dengan keluarga? Ini antara lokasi yang boleh anda pergi kerana ianya bukan je lengkap dengan kemudahan asas tetapi berhampiran dengan kedai makan dan kedai serbaneka:

  • Pine Valley Villa & Camper Site di Tanah Rata Cameron Highlands: Terletak di bandar, berhampiran kedai makan dan lengkap dengan surau, toilet dan ada plug point. Anda boleh menyewa khemah, kerusi dan meja.
  • Gopeng Glamping Park di Gopeng Perak: Inilah lokasinya untuk anda tidur di dalam khemah sambil ditemani bintang-bintang di langit, di kelilingi bukit bukau, sungai, gua dan hutan.
  • Moon Kiss By The River di Semungkis Hulu Langat: Tempat ni menyediakan kemudahan asas seperti tandas dan bilik mandi, pilihan khemas biasa dan premier dengan reka bentuk dalaman cantik, luas dan mempunyai tilam selesa, ada kipas dan air cooler.

 

#5 Jungle Trekking 

Ingin membawa keluarga meredah hutan, tetapi tidak mahu yang terlalu extreme? Ini antara lokasi destinasi alam yang anda boleh pergi:

  • Jambatan Rimba, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
  • Taman Tugu
  • KL Forest Eco Park

Memang menarik tempat-tempat ni kan? Selain boleh menikmati keindahan alam, bolehlah riadah bersama keluarga melakukan aktiviti outdoor. Untuk anda yang sukakan aktiviti seperti ini, anda memang perlukan sebuah kenderaan yang mempunyai ruang simpanan besar dan pada masa sama selesa untuk ahli keluarga.

 

Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Terhad, Pilihan Terbaik Untuk Lengkapkan Aktiviti Anda

Trak Pikap Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Terhad ini bukan sahaja didatangkan dengan warna menarik iaitu Saber (jingga) dan Absolute Black tetapi dilengkapi dengan ciri terbaharu yang menarik. Rekaan jeriji hadapan baharu, rim aloi hitam bersaiz 18 inci, plet ambang pintu beriluminasi dengan logo, cermin sisi hitam ebony, pemegang pintu but tailgate hitam dan tempat duduk kulit timbul sebagai suntikan elemen maskulin . 

Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Terhad

Kredit: Ford

Model ini juga dilengkapi dengan enjin Bi-Turbo 2.0L dengan transmisi automatik 10 kelajuan yang berupaya menjana 213PS dan tork maksimum 500Nm.

Dalam bab keselamatan pula, Trak Pikap Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Terhad ini menggunakan teknologi terkini seperti Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan kenderaan, sistem amaran amaran pelanggaran hadapan, sistem amaran keluar laluan dan bantuan membantu dalam memberikan pemanduan selamat. 

Lagi best, anda juga boleh dapat 5 tahun waranti pengilang atau sehingga 160,000km (yang mana terdahulu).Tambahan pakej tawaran servis percuma 18-bulan akan ditawarkan kepada pelanggan yang membuat pembelian sebelum 31 Disember 2021.

 

Jom datang ke 1Utama untuk tengok sendiri Trak Pikap Ford Ranger WildTrak Sport Edisi Terhad!

Tarikh: 8 ke 12 Disember

Tempat: Tingkat bawah, Luxe Wing 1Utama Shopping Centre dan juga melalui Facebook Live Ford Malaysia

 

Apa yang anda akan dapat?

  • Peluang menang percutian dalam negara kalau anda beli Ford Ranger WildTrak Sport terbaharu sepanjang 5 hari acara. Tempahan boleh dibuat di roadshow atau kat mana-mana authorised dealer Ford.
  • Menang cenderamata eksklusif Ford  dengan menyertai kuiz. Anda yang tengok kat Facebook Live Ford Malaysia pun boleh join!  
  • Join cabaran sosial #FORDeverysecondcount dan menangi cenderamata eksklusif Ford. Anda cuma kena buat montage 1 saat dan bagitau kehidupan bagaimana yang anda nak dalam 15 saat. Pastikan anda letak hashtag #FORDeverysecondcount dan @fordmalaysia.

Jumpa anda nanti! Untuk info lanjut tentang Trak Pikap Ford Ranger WildTrak Sport terbaharu, check out kat sini.

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us