Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Cara Mudah Untuk Mendapatkan Ketenangan Minda

Dalam menjana minda yang tenteram, berikut adalah tips-tips yang boleh diamalkan.
Editor
22 Apr 2020, 07:00 AM

5 cara mudah untuk mendapatkan ketenangan minda

Pada pendapat anda, berapa beratkah segelas air? Jawapan sebenar didapatkan bukan dengan menimang gelas tersebut, tetapi berap[a lamakah jangka masa anda memegang gelas tersebut.

Jika seminit, ia tidak akan memeberikan apa-apa kesan. Penganglah lagi satu jam dan anda akan merasakan kelenguhan yang teramat dan jika anda memegangnya sehingga satu hari, nescaya anda perlu digegaskan ke hospital.

Ahli falsafah menggunakan perumpamaan ini bagi menerangkan cara pengurusan stress. Seperti gelas yang berisi air tersebut, sekiranya kita memikul sesuatu bebanan, walaupun ianya dianggap enteng, ia akan menjadi sangat perit untuk ditahan semakin lama kita membawanya. Sehingga kepada suatu masa, di mana kita tidak akan mampu lagi untuk pikul, dan segalanya akan menjadi lebih teruk.

Dalam menjana minda yang tenteram, berikut adalah tips-tips yang boleh diamalkan.

 

1. Sekiranya anda berhadapan dengan beberapa maslah, cuba untuk selesaikan yang susah dahulu.

Kita akan terdorong untuk selesaikan masalah yang kecil dahulu. Kita mungkin boleh buat begitu. Tetapi ketahuilah sebenarnya kita hanya menagguhkan masalah yang berat tadi dariada berlaku. Dan pada kebiasaannya masalah yang berat ini akan bertambah bebanannya sekiranya lebih lama kita tunggu.

 

2. Lepaskan perkara yang kita tidak boleh kawal.

Berasa marah, kesal atau putus asa kepada keputusan yang berada di luar kawalan kita tidak akan membawa kepada apa-apa manfaat. Sebaliknya, kemabalikan fokus anda kepada perkara yang berada di bawah kawalan anda, dan cuba untuk menjadikannya pendorong kepada kejayaan anada dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

 

3. Jangan hiraukan tentang apa yang orang lain fikirkan.

Setiap kali kita terfikir bahawa orang lain akan hukum atau ‘judge’ apa yang kita lakukan, sebenarnya besar kemungkinan orang sekeliling kita tidak perasan pun dengan apa yang kita buat. Perasaan itu hanyalah datang daripada dalam kita sendiri yang menjadi faktor kepada kita untuk tidak terus maju kehadapan. Walaupun orang akan fikir yang bukan-bukan terhadap kita, kenapa kita perlu peduli? Hidup yang terkandung dalam jasad dan rooh kita ini adalah di atas kawalan kita sendiri. Buah fikiran orang lain tidak akan memeberi kesan kepada kebahagiaan masa hadapan kita.

 

4. Senaraikan perkara yang anda suka dalam hidup anda saat sekarang ini.

Pelakuan ini sebenarnya angat bagus kerana ia akan sentiasa mengingatkan kita supaya bersyukur dengan apa yang kita ada pada saat ini. Mulakan dengan senarai yang kecil. Mungkin tiga, atau lima. Semakin lama, anda akan lihat senarai yang anda akan isikan itu menjadi semakin panjang. Hal ini akan membantu dalam mententeramkan minda dan jasad anda daripada terus celaru.

 

5. Lihat ke dunia luar dan tarik nafas.

Terkadang perkara yang mencelarukan fikiran kita sebenarnya datang daripada dalam diri kita sendiri. Jadi apa yang kita perlu buat? Berhenti skeika daripada melakukan apa-apa yang kita sedang buat. Berhenti sekarang! Ambil masa 5 minit untuk anda bangun, bergerak ke tingkat atau cermin yang menghala ke dunia luar yang luas ini, dan ambil nafas. Tarik. Hembus. Tarik. Hembus. Ulangi perkara ini sehingga anda rasa sedikit tenang dan dapat menyambung pekerjaan anda seperti sedia kala.

 

 

Sumber: The Positivity Blog

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us