Zaman kanak-kanak tidak lari dengan kenakalan dan kedegilan kita. Dengan na;uri yang ingin selalu bermain 24 jam, memeningkan kepala orang tua kita.
Sekiranya mereka sudah tidak tahan, ha, bersedialah kita untuk menerima hukuman. Orang dulu-dulu, mak bapak kita sangat kreatif dalam bab memberi hukaman ni. Hukuman ini bukanlah bertujuan untuk mendera, tapi untuk memberi pengajaran kepada kita yang nakal sangant nih.
Mari kita tengok mana hukuman yang pernah kita kena masa kecil-kecil dulu.
#1 Rotan

Ini adalah hukuman klasik dan juga paling ditakuti. Kawasan yang selalu dihinggapi adalah tapak tangan, punggung dan juga tapak kaki. Ada sesetengah kita menggunakan taktik yang kreatif bagi mengelak untuk dirotan dengan menyembunyikan rotan itu sendiri. Tapi kalau tertangkap, hukuman anda akan digandakan mengikut tahap kemarahan ayah anda.
#2 Sebatan Penyangkut Baju

Ini merupakan senjata yang mudah dan juga serba guna. Selain daripada digunakan untuk menyangkut baju, ia mudah dicapai untuk memberikan pengajaran kepada anak-anak yang tidak tahu duduk diam.
#3 Denda Ketuk Ketampi

Tangan di telinga yang bersilang dan aktiviti ketuk ketampi ini tidak lengkap sekiranya ia tidak dilakukan di bawah terikan matahari. Hukuman ini juga popular digunakan oleh guru-guru PJK bagi mereka yang lambat tukar baju sukan.
#4 Hukum Basuh Longkang

Zaman ibu bapa zaman moden ini yang kebanyakannya duduk di apartmen tidak berpeluang menggunakan hukuman ini. Bagi ibu bapa hukuman ini mempunyai dua kelebihan, anak dapat dihukum dan juga longkang sudah tidak tersumbat!
#5 Kurung Di Dalam Bilik

Hukuman ini sudah kurang impaknya jika dilakukan kepada kanak-kanak sekarang, dengan telefon bimbit, komputer yang disediakan di dalam bilik sendiri. Mungkin ibu bapa boleh tambah impaknya dengan merampas sekali barang elektronik anak-anak.
Sumber: Says
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.