Selalu beli kek yang sama je memang membosankan, kadang kala nak juga rasa kelainan! Padahal ada banyak kafe lokal, yang menghidangkan kek, pastry dan kopi yang lazat ala-ala Starbucks.
Nampak menyelerakan dan kafe ini pun cantik untuk bergambar, kepada foodie yang suka jaga Instagram feed sesuai sangat kalau nak upload gambar makanan atau OOTD.
1. Jaslyn Cakes
Terletak di Telawi Bangsar dan Mont Kiara. Menghidangkan pelbagai kek, pastry dan juga kopi. Tengok gambar kek kat Instagram pun nampak menyelerakan.
2. Apronfools
Dengar nama pun comel, kafe ini terletak di Subang Jaya.
3. Cake Jalan Tiung
Kalau tengok gamabr kedai, memang sesuai untuk sesiapa yang suka duduk diam minum kopi, makan kek sambil berborak dengan kawan. Terletak di Shah Alam.
4. The Bread Shop
Siapa yang suka makan roti dan pastri, rasanya kafe ini amat sesuai dengan tekak korang. Lagipun tempat pun kelihatan tenang gitu. Kafe ini terletak di Bukit Damansara.
5. The Hyacinth Café
Wow nama pun dah glamor! Tengok kek dan pastry rasa macam sayang pula nak makan sebab cantik sangat. Kafe ni pula terletak di Desa Melawati.
Okay kalau teringin nak makan kek sedap boleh la support local bakeries ini! Kita support local pula la. Selamat mencuba korang!
Sumber: Wanista
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.