Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Perkara Menjengkelkan Yang Selalu Terjadi Pada Pemandu Wanita

Yang mana satu anda paling ‘geram’?
Editor
24 Jul 2019, 10:46 AM

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Kredit: YouTube

Orang perempuan pandai bawa kereta bukan lagi sesuatu yang pelik. Memang ramai pemandu wanita di atas jalan raya, terutamanya di bandar-bandar besar. Tetapi walau sehebat mana pun wanita tu memandu kenderaan, mesti tak dapat lari daripada stereotaip yang perempuan ni kurang mahir bawa kereta, kan?

Ha, bukan tu je... Ada banyak lagi momen menjengkelkan yang hanya pemandu wanita je alami. Antara momen-momen ini, yang manakah anda rasa paling arghhhhh?

#1 “Ni mesti perempuan yang bawa kereta”

Setiap kali berlakunya kemalangan, kereta dipandu perlahan, tidak memberi laluan dan signal serta teragak-agak ketika masuk simpang... Mesti dikaitkan dengan pemandu wanita. Pendek kata semua perkara negatif yang terjadi di atas jalan raya adalah salah pemandu wanita!

Jadi, apa nak buat?

Pandu kereta tinggi dengan jarak ketinggian tanah yang tinggi seperti kenderaan jenis SUV dan crossover agar jarak pandangan lebih luas dan cari kenderaan yang hanya gunakan satu sentuhan untuk isyarat membelok.  

#2 Dibuli Di Jalan Raya

Bila nampak pemandu wanita, terutama yang memandu terlalu rapat dengan stereng, mulalah ada je pemandu yang berani nak ‘cucuk’ kereta dari belakang, naik lampu tinggi dan dihalang daripada memotong. Tak kurang juga yang tengok dengan pandangan serong, keluarkan bahasa kesat dan merendah-rendahkan kemampuan pemanduan mereka.

Jadi, apa nak buat?

Anda boleh pandu kereta yang dilengkapi LaneWatch, iaitu sistem kamera yang dipasang pada cermin sisi penumpang bagi membolehkan pemandu melihat laluan sebelah penumpang dan memantau titik buta.

Nak nampak tinggi dan yakin ketika memandu? Bolehlah adjust power seat agar posisi pemanduan lebih selesa dan cari kenderaan dengan ciri stereng Variable Gear Ration (VGR). Bolehlah anda pandu dengan yakin dan memudahkan pemandu lain melihat anda! 

#3 Kunci Hilang

Dah letak elok dalam beg tangan, tetapi susah nak dijumpai. Semakin besar beg, semakin susah dan lama nak cari kunci. Iyalah, ada macam-macam ‘khazanah’ dalam beg. Sebab itu, pemandu wanita kenalah siap-siap cari kunci sebelum bergerak ke tempat letak kereta atas faktor keselamatan.

Jadi, apa nak buat?

Sistem Kemasukan Pintar dan Butang Penghidup Enjin, antara ciri yang perlu ada pada kenderaan anda. Selamat dan menjimatkan masa mencari kunci kenderaan di dalam beg.

Dan semestinya kenderaan pilihan anda mestilah besar dan mempunyai ruang yang banyak untuk meletakkan barangan kecil seperti kunci rumah dan telefon bimbit.

#4 Mana Nak Letak Handbag? 

Nak letak di kerusi penumpang, risau cermin kena pecah. Letak di bawah kaki risau membahayakan, dan kalau letak di dalam ruang belakang mestilah susah nak ambil barang. Jadi, nak letak di mana? Dah la beg tu besar...

Jadi, apa nak buat?

Kenalah cari kereta yang luas dan boleh letakkan beberapa jenis dan saiz beg tangan.

#5 Tak Ingat Jalan

Ramai wanita paling susah nak ingat jalan, kan? Terutamanya jalan alternatif untuk elak kesesakan. Nasiblah kebanyakan kereta hari ni dah ada teknologi canggih GPS dan masing-masing pun dah guna telefon pintar, kan?

Jadi, apa nak buat?

Cari kenderaan yang dilengkapi dengan sambungan ke telefon pintar, capaian Internet, wifi, bluetooth, pemain DVD dan waze. Mudah nak cari lokasi dan mengelak kesesakan trafik.  

Anda yang skeptikal dengan pemandu wanita tu, ramai wanita merupakan pemandu berhemah, dan mahir di jalan raya tau. Dan untuk para pemandu wanita, anda boleh dapatkan kenderaan yang memenuhi ciri-ciri ini dengan jenama Honda.

Anda boleh dapatkan crossover Honda HR-V bagi membantu wanita untuk memastikan pengalaman pemanduan yang lebih baik. SUV kompak ini didatangkan ciri-ciri praktikaliti dan boleh didapati pada harga permulaan RM108,000!

Honda HR-V menggunakan rim sebesar 17 inci (untuk varian E, V dan Hybrid) untuk imej gagah serta sporty, dan dijana menggunakan enjin petrol empat silinder 1.8 liter. SUV ini mudah dikendalikan terutamanya kepada golongan wanita.

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Ciri-ciri keselamatannya pula terdiri daripada enam beg udara (dua di hadapan, sisi dan tirai sisi), isyarat berhenti kecemasan (ESS), bantuan kestabilan kenderaan (VSA) dan bantuan mula mendaki (HSA) serta kamera pandang belakang pelbagai-sudut.

Kesemua varian dilengkapi dengan butang penghidup enjin, pendingin hawa automatik, lampu utama auto, lampu nyalaan siang, kawalan kelajuan, pedal penukar gear, kawalan audio pada roda stereng dan empat pembesar suara untuk sistem audio. Paling menarik tentunya ruang di dalam kereta yang luas dengan rekaan kerusi yang fleksibel dan mudah dilipat. Lebih banyak muatan boleh diisi.

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Nak bawa waktu malam pun tiada hal dengan adanya pencahayaan daripada lampu jenis projektor LED  (untuk varian RS dan V) yang cukup terang dan kombinasi lampu LED di bahagian belakang membantu pemandu lain mengesan kereta ketika cuaca buruk. 

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Selain HR-V dengan varian E dan V terdapat dua varian lain iaitu HR-V RS dan HR-V Hybrid. HR-V RS didatangkan dengan perincian tambahan termasuk reka bentuknya yang lebih sporty dengan kemasan dalaman elegan. Bertambah elegan dengan pilihan warna merah baharu, Passion Red Pearl (untuk varian RS, E dan V), memang cun!

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Ruangan dalam kabin pula berwarna hitam, dan boleh diubah kedudukan lapan cara pada bahagian pemandu dan mempunyai penambahan paddle shifter. Varian RS dilengkapi dengan LaneWatch, iaitu sistem kamera yang dipasang pada cermin sisi penumpang bagi membolehkan pemandu melihat laluan sebelah penumpang dan memantau titik buta.

5 perkara menjengkelkan yang selalu terjadi pada pemandu wanita

Honda HR-V Hybrid pula merupakan SUV kompak hibrid pertama di Malaysia yang dilengkapi dengan bateri ion lithium berkuasa tinggi dan sistem Sport Hybrid i-DCD bagi mengoptimumkan penggunaan bahan api dan prestasi di jalan raya.

Honda HR-V Hybrid didatangkan khas dengan rekaan Shift By Wire gearstick dan 3D Illuminated Meter Cluster yang membolehkan anda melihat pergerakan serta penggunaan tenaga sepanjang pemanduan.

Memang menarik, kan? Apa tunggu lagi? Kunjungi bilik pameran Honda Malaysia sekarang atau layari di sini untuk info lanjut.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }