Rantai, gelang dan cicin emas yang dipakai hari-hari tentu nampak kusam. Guna petua ini untuk kilatkan semula barang kemas yang kusam.

1.Ubat gigi
Ini cara paling biasa kita buat. Ambil ubat gigi dan sental barang emas gunakan berus gigi terpakai.
2.Air asam jawa
Rendamkan barang kemas ke dalam air asam jawa selama 6 jam, kemudian bilas dengan air biasa. Keringkan dengan kain yang bersih.
3.Air Panas
Cara ini sesuai untuk membersihkan barangan kemas yang tidak mempunyai batu. Letakkan barang kemas dalam bekas yang sesuai kemudian tuang air panas ke dalamnya. Biarkan sehingga air sejuk. Keluarkan dan bilas.
4.Air Teh
Sediakan air teh jangan tambah gula. Rendam barang kemas dalam air teh tadi paling kurang selama sejam. Kemudian bersihkan dengan berus dan bersihkan. Jika ingin berkesan, rendam lebih lama.
5. Cecair pencuci pinggan
Tuang beberapa titis cecair pencuci pinggan dalam mangkuk berisi air suam. Kacau dan rendam dalam 15 minit. Selepas bersihkan dengan berus kecil sebelum dibilas dan dikeringkan.
Sumber : P.Ibu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.