Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

5 Tips Untuk Menambahkan Keyakinan Diri

Seorang ahli FBI berkongsi sedikit tips dalam menambahkan keyakinan diri.
Editor
23 Dec 2019, 06:37 PM

Keyakinan diri adalah satu sifat personaliti yang sangat dicari-cari. Tidak semua orang mempunyai keyakinan diri yang cukup untuk menempuhi dunia ini. Ia akan bertambah penting sekiranya anda perlu menunjukkan penerampilan yang kompeten dalam melakukan tugas, seperti menjadi seorang pemimpin, atau menyoal siasat seseorang bagi mendapatkan maklumat.

Keyakinan diri sangat penting bagi menunjukkan sifat jkepimpinan dan juga hormat daripada orang sekeliling. Seorang ahli FBI berkongsi sedikit tips dalam menambahkan keyakinan diri. FBI merupakan badan penyisatan di Amerika Syarikat yang terkenal dengan gaya penyiasatan yang tegas dan berkeyakinan.

 

1. Melangkaui kepercayaan tentang limitasi diri sendiri.

Ketika kita kecil, kita selalu befikir yang kita boleh dan akan buat semua benda! Tetapi seketika dalam perjalanan hidup ini kita tertinggal impian dan cita-cita kita dan ‘berpuas hati’ dengan apa yang kita ada sekarang.

Untuk menambahkan keyakinan diri, kita perlu mencari kembali percikan semangat yang kita pernah ada dahulu dan menerobos had dan limitasi yang kita sendiri letakkan di hadapan kita. Kita sebenarnya boleh buat apa sahaja sekiranya kita beriltizam dan menumpukan sepenuh tenaga yang kita ada bagi menggapai mimpi dan impian.

via GIPHY

 

2. Jangan kelirukan memori dan fakta

Cara manusia merekodkan memori bukanlah seperti kamera video merakamkan sesuatu kejadian. Minda kita mengingat sesuatu peristiwa baharu dengan mengaitkannya dengan perkara yang kita telah tahu atau yang selesa untuk kita ingat. Ia tidak smestinya 100% betul. Sebab itu, setiap orang akan mempunyai memoriu yang berbeza mengenai satu situasi yang sama. Banyak kajian telah mengesahkan fenomena ini.

via GIPHY

Jadi, sewaktu kita teringat satu-satu memori yang mungkin menyebabkan kita aterasa rendah diri atau menyebabkan keyakinan diri kita rendah, ingatlah, tidak semua orang mempunyai perspektif memori yang sama. Jika kita terasa malu tentang perkara yang kita pernah buat suatu masa dahulu menyebabkan kita tidak mudah untuk bercakap I khalayak ramai, ingatlah, orang lain mungkin mempunyai perspektif yang berbeza. Mereka mungkin memepunyai reaksi yang positif terhadap situasi tersebut.

 

3. Berdialog dengan diri sendiri.

Perkara ini mungkin memerlukan sedikit masa untuk kita selesa melakukannya, tetapi ianya berkesan. Dengan berdialog dengan diri sendiri, ia akan dapat membuka minda kita kepada perspektif yangbaharu, meningkatkan memori dan juga fokus kita. Tetapi perlu ingat, kita perlulah berdialog secara positif terhadap diri sendiri. Jangan sesekali merendah-rendahkan diri sendiri. Apabila anda mengkritik diri sendiri, pastikan kritikan tersebut adalah kritikan yang menjana dan bukan menjatuhkan.

via GIPHY

 

4. Atasi keraguan diri sendiri.

Apabila keyakinan diri kita rendah, sangat mudah untuk kita merasakan bahawa diri ini sangat bergantung dengan orang lain. Sekiranya kita selalu menjadikan diri ini mangsa, sangat susah untuk kita menjana kepercayaan orang lain dan juga diri sendiri tehadap diri kita sendiri.

via GIPHY

Tiada seseiapa yang mengahalang kita daripada membuatr keputusan yang kita mahukan melainkan diri kita sendiri, singkirkan keraguan yang kita tidak mampu melakukan sesuatu perkara atau memerlukan kebergantungan kepada orang lain.

 

5. Hadapi ketakutan anda.

Apabila kita tidak takut, kita akan berasa lebih terkawal. Apabila kita rasa satu tahap selesa dengan sesuatu perkara, kita tidak akan rasa takut dengannya. Tidak kiralah ketakutan kita itu untuk memberi ucapan di khalayak ramai, mengutarakan soalan ke pegawai yang lebih tinggi, ataupun memakai pakaian yang lain daripada yang lain. Apabila kita singkirkan ketakutan (yang sebenarnya datang daripada dalam diri kita sendiri) ini, kita akan dapat menaikkan keyakinan diri dan dapat mengawal keadaan yang kita lalui.

via GIPHY

 

Sumber: Success

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us