Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

65 Tahun Bunga Raya Menjadi Jiwa dan Warna Malaysia

IDRUS, Husna Najwa
28 Jul 2025, 02:36 PM

65 tahun bunga raya menjadi jiwa dan warna malaysia

Foto: Astro Awani

Hari ini, genap 65 tahun sejak bunga raya, atau nama saintifiknya Hibiscus rosa-sinensis, diangkat sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia dan menjadi satu lambang kemegahan yang tidak pernah pudar dalam jiwa rakyat. Di sebalik pengisytiharan bersejarah pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, tersimpan kisah panjang tentang bagaimana sekuntum bunga yang sederhana rupa ini akhirnya menjadi simbol perpaduan, keberanian dan keceriaan tanah air tercinta.

Semuanya bermula pada tahun 1958, dua tahun selepas negara mencapai kemerdekaan dan mula mengorak langkah sebagai sebuah negara berdaulat. Menteri Pertanian ketika itu, Abdul Aziz Ishak, membuka ruang demokrasi dengan meminta pandangan rakyat tentang bunga manakah yang paling layak dijulang sebagai bunga kebangsaan. Hasilnya, tujuh jenis bunga diketengahkan iaitu bunga kenanga, bunga raya, bunga melur, bunga teratai, bunga mawar, bunga cempaka dan bunga tanjung.

65 tahun bunga raya menjadi jiwa dan warna malaysia

Foto Hiasan

Bancian yang dijalankan waktu itu menyaksikan bunga mawar menjadi kegemaran penduduk Pantai Timur, manakala rakyat di Pantai Barat lebih cenderung memilih bunga melur. Namun, selepas penelitian mendalam, kerajaan akhirnya memilih bunga raya sebagai simbol negara, satu keputusan yang jauh melangkaui angka undian semata-mata.

Kenapa bunga raya? Kerana ia memenuhi ciri-ciri yang menggambarkan semangat Malaysia.

Bunganya yang besar, lebar dan melentur tampak begitu megah dan memikat. Warnanya merah menyala, memancarkan keberanian dan semangat juang. Ia tumbuh subur sepanjang tahun, melambangkan ketabahan dan daya tahan rakyat Malaysia. Paling penting, ia dekat di hati masyarakat kerana ia mudah didapati dan mudah ditanam, tanpa mengira latar belakang tempat atau wilayah.

65 tahun bunga raya menjadi jiwa dan warna malaysia

Foto Hiasan

Sejak detik pengisytiharan itu dalam Pameran Malayan Agro-Horticultural Association (MAHA) di Kelab Turf Selangor pada 28 Julai 1960, bunga raya terus mekar sebagai simbol perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Setiap kelopaknya seolah-olah menceritakan kisah keberanian generasi terdahulu yang menuntut kemerdekaan, sementara warnanya mengingatkan kita untuk terus riang, berani dan bersatu demi masa depan negara.

Hari ini, 65 tahun kemudian, bunga raya tetap segar mekar. Bukan sekadar di taman atau halaman rumah, tetapi juga di dada setiap warganegara yang mencintai tanah air ini. Biar masa berlalu, semangat yang diwakilinya kekal utuh. Jadilah laksana bunga raya yang merah berani dan mekar sepanjang zaman.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us