Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

7 Cara Dekorasi Bilik Mandi

Sebenarnyanya anda boleh buat sendiri untuk berasa selesa di bilik mandi. Jom tengok idea yang kami berikan.
Editor
02 Nov 2019, 07:00 AM


Rumah adalah satu tempat atau ruang untuk kita beristirehat terutama bersama keluarga. Rumah juga tempat untuk kita berkumpul. Kalau anda gemar membuat dekorasi sendiri di rumah, lagi bagus. Anda tahu apa yang anda mahukan. Kali ini kami berkongsi dengan anda dekorasi di bilik mandi. Sebenarnyanya anda boleh buat sendiri untuk berasa selesa di bilik mandi. Jom tengok idea yang kami berikan.

1. Batu lautan
7 cara dekorasi bilik mandi
Anda boleh buat sendiri batu lautan di bilik mandi. Mudah sahaja. Anda gunakan tirai mandi yang lama. Kemudian anda gamkan batu lautan yang telah anda peroleh di atas tirai tersebut. Susun bagi elok. Dan anda boleh letak di kaki pintu atau di mana tempat yang anda mahu di bilik air.

2. Bakul rotan
7 cara dekorasi bilik mandi
Bakul rotan sebenarnya boleh menjadi pelbagai bentuk yang anda mahukan. Anda boleh letak melentang, menegak ataupun biasa. Haaa lihat gambar ini. Boleh letak tuala dan sebagainya.

3. Balang kaca
7 cara dekorasi bilik mandi
Haa anda gam di dinding. Boleh letak tisu, sabun kecil, ataupun putik kapas. Nampak tersusun,kan?

4. Kepit rambut
7 cara dekorasi bilik mandi
Kalau letak dalam bekas kecil mungkin anda sukar hendak ambil. Apa kata anda beli magnet yang panjang dan lekat di bilik air. Kemudian letakkan kepit rambut itu di sini. Kan mudah. Lepas ni tidak perlu cari kepit rambut atau beli baru.

5. Tangga hiasan
7 cara dekorasi bilik mandi
Kalau ada tangga yang tidak guna, anda boleh cat semula bagi cantik. Kemudian letak di bilik air. Apa gunanya? Sidai tuala! Pastikan bukan tangga yang panjang. Kalau panjang, silalah potong.

6. Botol
7 cara dekorasi bilik mandi
Botol kecil-kecil yang anda ada dan masih boleh digunakan, jangan buang. Sebaliknya anda boleh letak sabun mandi, syampu atau sebagainya.

7. Rak kayu
7 cara dekorasi bilik mandi
Anda seorang yang gemar membaca sebelum mandi? Anda boleh gunakan rak kayu yang panjang untuk letak di tempat mandi. Anda boleh letak buku, minuman atau apa sahaja. Sementara anda mahu berehat.

Sumber : Bright Side

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Ads With Us Ads With Us Ads With Us