Dengan mengetahui warna hingus atau lendir di dalam hidung, anda boleh mengetahui tahap kesihatan anda. Berikut adalah 9 jenis warna hingus atau lendir.
1. Jernih dan mengalir
Jika hingus anda sentiasa mengalir, tidak perlu bimbang kerana ini bermaksud anda sihat. Hingus jenis ini mengandungi antibodi serta protein yang boleh melawan bakteria dan virus.
2. Jernih dan pekat
Hingus jenis ini adalah tanda alahan yang kronik. Ianya mampu melukakan dan membengkakkan tisu hidung anda. Seeloknya anda perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk mendapatkan rawatan dan nasihat.
3. Putih
Warna putih menunjukkan kelembapan telah hilang di dalam hidung anda.
4. Kuning
Warna kuning menunjukkan sel darah putih telah mati kerana sedang melawan virus yang sedang menyerang. Malah ini adalah petanda kepada biasa kepada demam selsema.
5. Hijau
Lendir pekat yang berwarna hijau adalah jenis hingus yang baik kerana ia melawan penyakit demam selsema dan batuk. Ianya juga menunjukkan sistem imun anda menjalankan tugas dengan baik dalam menangkis sebarang jangkitan.
6. Merah jambu
Hingus jenis ini adalah petanda tidak baik. Ini bermaksud hidung anda anda telah tercedera.
7. Coklat
Jenis hingus ini terjadi apabila darah lama yang telah mengalir di dalam sistem badan anda menemui jalan keluar melalui hidung dan mula mengering.
8. Hitam
Ini menandakan jangkitan fungus di dalam sistem badan anda. Ini bermakna anda perlu mendapatkan nasihat kesihatan dan berjumpa doktor dengan segera.
9. Melekit busuk dan tidak berwarna
Ini adalah petanda anda mempunyai masalah sinus yang kronik. Peningkatan tahap mukus berlaku berikutan tisu hidung dan tekak yang membengkak dan luka secara berterusan.
Sumber dari Petua Ibu
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.