Kementerian Luar, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut, mengumumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan Lubnan dengan sukarela.
Menurut kenyataan Wisma Putra, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut sedang mempersiapkan evakuasi untuk 15 lagi rakyat Malaysia, bersama tiga warganegara asing yang merupakan pasangan mereka yang masih berada di Lubnan.
"Sementara itu, empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di negara itu," memetik kenyataan itu.
Tambahnya, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan terus menjalankan operasi di Lubnan sehingga pemberitahuan lanjut diberikan.
Malaysia sekali lagi mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim zionis Israel yang berterusan melancarkan serangan ketenteraan melalui serangan udara dan darat terhadap Lubnan.
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.