Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman masing-masing. Namun, rumah idaman anda tidak semestinya dalam keadaan yang baik walaupun luarannya cantik.
Kebiasaannya, masalah-masalah berikut sering ada pada rumah baru yang bakal didiami:
#1 – Jubin lantai yang retak dan rosak
Sumber: https://gharpedia.com/cracked-tiles-precautions-repair/
Rumah baru pastinya nampak cantik dengan kemasan akhir jubin pada lantai. Tetapi ada segelintir pemaju rumah yang menggunakan jubin yang retak dan rosak seterusnya mengakibatkan kecederaan pada pembeli rumah. Bahaya betul!
#2 – Kekotoran pada permukaan lantai
Sumber: https://intelligencebuilders.weebly.com/pemasangan-kemasan-lantai.html
Selain jubin lantai, kemasan akhir pada permukaan lantai juga amat penting bagi rumah baru. Bayangkan jika rumah baru anda mempunyai lantai yang kotor dan tidak kemas serta sekata?
#3 – Cat pada permukaan dinding tidak sekata
Sumber: http://www.rgbstock.com/photo/o68Zpxu/uneven+wall+surface1
Ada segelintir pemaju perumahan yang mengambil jalan mudah dengan mengecat dinding secara sambil lewa. Terdapat bahagian yang tak dicat ataupun tak sama rata menyebabkan permukaan dinding menjadi tidak sekata.
#4 – Dinding lompong/kosong dan cat yang terkopek
Sumber: https://diy.stackexchange.com/questions/117667/paint-a-wall-where-the-surface-is-uneven
Anda juga harus mengenal pasti sama ada terdapat dinding yang lompong atau kosong untuk mengelakkan berlakunya kerosakan. Nanti baru duduk rumah baru tak sampai sebulan, sudah kena keluarkan modal untuk baiki dinding pula.
#5 – Sambungan pada jubin yang tidak konsisten
Sumber: https://www.nerangtiles.com.au/tilejoints.html
Masalah pada sambungan jubin yang tidak kemas mengakibatkan permukaan jubin menjadi tidak rata, seterusnya mendatangkan masalah lain seperti jubin tertanggal, retak ataupun rosak. Pemaju rumah yang bertanggungjawab sewajarnya memastikan sambungan pada jubin dalam keadaan kemas dan teratur.
Pemilik rumah secara umumnya boleh menjangkakan rumah yang lebih berkualiti jika pemaju rumah anda mempunyai pengiktirafan QLASSIC berbanding pemaju yang tidak mendapat peingiktirafan.
Penilaian QLASSIC ke atas sesebuah projek pembinaan haruslah dilaksanakan oleh penilai bertauliah yang telah dilantik oleh CIDB.
Penilaian atau Penilai yang bertauliah itu adalah orang yang telah mendapat kelulusan dan memenuhi syarat keperluan yang ditetapkan oleh CIDB. Hanya yang lulus latihan akan diiktiraf oleh CIDB, sebagai penilai QLASSIC yang bertauliah.
Jadi, sebelum membeli rumah, semak dahulu rekod pemaju berdasarkan projek-projek yang lepas.
Skim QLASSIC ini terbuka untuk semua projek perumahan baru tidak kiralah rumah teres, berkembar, banglo, flat, apartmen, kondominium dan unit perumahan bercampur. Tetapi penyertaan ini tidak diwajibkan kepada pemaju. Klik di sini www.cidb.gov.my untuk info lanjut.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.