Batuk dan selesema adalag normal kepada bayi, ibu bapa kena pastikan ia tidak melarat kerana ia boleh membawa kepada jangkitan kuman seperti Pneumonia. Oleh itu, anda kenalah segera ambil langkah untuk meredahkan bayi selesema dan batuk sebelum ia melarat.
Seorang ibu yang bernama Yatie Eimra berkongsi cara alternatif untuk menangani masalah selesema dan batuk anak dengan menggunakan bawang merah & bawang putih kerana ia mempunyai aktiviti antioksidan yang tinggi. Cara penyediaan ini dipetik dari lama Facebook peribadi beliau.
Ibu Yatie juga berpesan kepada mak-mak diluar sana agar jaga kebersihan dan buatlah berpadah-padah bila menggunakan petua dan herba ini. Kaedah alternative ini bukanlah pengganti rawatan perubatan. Kalau anak tak serasi atau keadaan lebih teruk, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
Sumber : Yatie Eimra
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.