Berita baik kepada semua hikers di luar sana, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengesahkan aktiviti mendaki gunung merupaka antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini.
Sudah tentu pendaki perlu mematuhi amalan penjarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.
Namun, jawapan ringkas KBS di laman Facebook rasminya telah mengesahkan persoalan netizen berhubung aktiviti mendaki gunung.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ahad, mengumumkan beberapa jenis sukan dan aktiviti rekreasi akan dibenarkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai Rabu ini, dengan pematuhan rapi terhadap SOP ketat yang ditetapkan kerajaan.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.