Tiga anggota polis di Uttar Pradesh, India terkelu apabila menyaksikan satu alat senaman di sebuah gim terbuka bergerak dengan sendiri.
Salah seorang anggota polis itu mengeluarkan telefonnya dan merakam kejadian tersebut.
Video itu turut menarik perhatian selebriti Bollywood, Vivek Oberoi.
Namun, ada beberapa pihak tidak melihat perkara ini sebagai bahan jenaka dan menganggap perbuatan ini tidak bertanggungjawab, seolah-olah mahu memburukkan reputasi gim berkenaan.
Hasil siasatan polis tempatan mendapati terdapat banyak minyak yang dikenakan pada alat senaman itu yang menyebabkan alatan itu bergerak sendiri dalam jangka waktu yang singkat.
Ini sekaligus menghentikan dakwaan kisah mistik di gim tersebut dan disifatkan sebagai satu perbuatan jenaka atau prank sahaja.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.