Telefon pintar memang banyak kebaikannya, ia memberikan kita kemudahan dalam berkomunikasi dimana jua, selain itu, ia juga salah satu bentuk hiburan melalui aplikasi-aplikasi yang disajikan dalam telefon tersebut. Akan tetapi, ini akan mendatangkan keburukan jika penggunaannya tidak terkawal.
Apa yang terjadi pada anak Sheda Lehon yang berumur se awal 3 tahun kini juling disebabkan terlalu lama menghabiskan masa dengan bermain telefon bimbit. Menurut perkongsian yang diberi, beliau mengaku bahawa dia leka dalam mengawal penggunaan gajet tersebut.
Perkongsian ini adalah sebagai satu pengajaran untuk ibu bapa supaya beringat selalu untuk sentiasa mengawal penggunaan handphone dan jika boleh hentikan anak-anak kecil menggunakan handphone.
Sumber : Sheda Lehon
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.