Seorang pemuda sanggup memanjat tingkap sebuah hospital supaya dapat memastikan ibunya yang positif COVID-19 mendapat penjagaan yang sebaik mungkin.
Foto dan video Jihad Al-Suwaiti duduk di tepi tingkap hospital tular di platform media sosial dan menarik perhatian warga net.
Pemuda tersebut berusia 30 tahun dari hebron, Palestin dilaporkan berada di situ berjam-jam setiap hari sehinggalah akhir hayat ibunya, Rasma Salama yang menghembuskan nafas terakhir pada Khamis lalu.
"Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini.
"Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena," kata seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.
Abang kepada Jihad, Rasmi memberitahu pihak media walaupun tindakan adiknya itu telahpun dilarang oleh pihak hospital atas faktor keselamatan, namun adiknya masih degil melakukannya.
"Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu.
"Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu. Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya.
"Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan," ujar Rasmi.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.