Tengok betul-betul gambar ini. Apa yang korang nampak dulu? Bibir? Pokok? Atau akar?
Ini penjelasan dengan perkara yang korang nampak.
1. Bibir
Anda seorang yang sederhana dan tenang. Anda akan cuba menjauhai kerumitan dalam hidup. Seorang yang fleksibel dan bijaksana. Individu ini memiliki kejujuran dalam diri. Seorang yang kuat dan berdikari, bijak menyelesaikan masalah sendiri tanpa meminta pertolongan orang lain.
2. Pokok
Seorang yang ekstrovert dan aktif. Individu ini seorang yang tidak mudah dipengaruhi dan tidak mudah percaya pada orang lain. Sebab itulah, mereka hanya memilih orang yang tertentu sebagai kawan rapat. Pandai menyembunyikan emosi.
3. Akar
Individu ini seorang yang introvert. Seorang yang bijaksana dan sangat berdisplin. Tahu bila melakukan kesalahan dan akan mengakuinya. Boleh menerima nasihat dan kritikan orang lain. Seorang yang rajin dan berdikari.
Jadi anda yang mana? Ini hanya gurauan sahaja. Tak perlu percaya sangat. Kalau betul, mungkin kebetulan semata-mata.
Sumber: Wolipop
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.