Kehadiran pandemik COVID-19 yang mengubah landskap kehidupan semua orang di serata dunia.
Salah satu norma baharu adalah pengajian sekolah yang dilakukan secara dalam talian sebagai salah satu usaha mengekang penyebaran wabak itu.
Namun ada situasi di Himachal Pradesh, India, seorang ayah sanggup menjual seekor lembu peliharaannya demi memudahkan urusan pendidikan anaknya.
Dia yang menghadapi kesempitan hidup terpaksa menjual haiwan itu semata-mata ingin membeli telefon pintar untuk kedua anaknya menyertai kelas dalam talian.
Menurut Kuldip Kumar, kedua anaknya itu menghadapai kesukaran selepas persekolahan ditutup sejak bulan Mac lalu.
Akhirnya, dia membuat keputusan untuk menjual haiwan tersebut sebelum membeli sebuah telefon pintar baru-baru ini setelah permohonan pinjaman wang ditolak.
Sumber: India Times
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.