Selepas seharian bekerja, memang syok bila dapat baring atas bantal yang empuk. Tapi kena ingat balik, bila kali terakhir kita tukar bantal.
Selalunya kita akan bersih sarung bantal sahaja, tapi ternyata bantal kita yang tidak bersih itu boleh menjadi ‘sarang’ kuman yang menggelikan. Bukan sahaja debu, kulat,pijat, sel kulit dan banyak lagi kotoran melekat pada bantal.
Meskipun dibalut sarung bantal, bantal kena tetap dibersihkan. Jadi, kita kena biasakan bersih banyal setiap malam.
Bantal yang tidak bersih boleh menjejaskan kesihatan. Sesiapa yang alah dengan debu dan habuk akan mula terganggu kesihatan mereka.
Bantal sebenarnya ada sisa sel kulit, air liur, kelumumur dan pelbagai jenis bakteria dan kulat. Sel kulit yang tertinggal dibantal adalah makanan hama dan kutu kecil. Sebab itu sarung bantal sepatutnya perlu ditukar setiap 1-2 minggu sekali dan perlu dibasuh (jika boleh basuh) setiap 6 bulan.
Jemur bantal di bawah cahaya matahari panas turut berkesan supaya dapat membunuh kuman-kuman yang menginggap dalam bantal. Bau bantal akan menjadi lebih segar jika kita menjemur bantal seharian.
Cara mudahnya, anda boleh mencuci bantal dengan air panas dan serbuk/cecair pencuci yang lembut. Namun sebaik-baiknya, anda disarankan untuk menggantikan bantal setiap dua tahun sekali.
Sumber: Public Health Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.