Panik sebab tak ingat barang letak kat mana? Cari dah merata - rata tapi tak jumpa juga, apa kata anda cuba 3 petua ni. InshaAllah kalau ada rezeki ada lah terjumpa nanti barangnya.
Petua 1:
Baca selawat berulang - ulang kali ketika anda mencari dan sambil sambil tu fikir semula bilakah dan dimana kali terakhir anda ternampak atau menggunakan barang tersebut. Jika barang itu masih ada di rumah InshaAllah anda akan menemuinya.
Petua 2:
Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.
Petua 3:
Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Berkata Imam Nawawi:
“Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Kredit : http://www.abangterlajaklaris.my
Foto : Digital Dakwah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.