Susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia meninggalkan impak yang besar kepada setiap individu tidak kira dimana mereka berada.
Kebanyakkan stres yang dialami indidivu ketika ini adalah disebabkan pandemik COVID-19. Sebab itulah, sebuah syarikat produksi di Jepun telah menawarkan satu jenis ‘hiburan’ yang aneh bagi mana-mana individu yang ingin melepaskan tekanan.
“Pandemik ini memberi tekanan, dan kami berharap orang dapat sedikit kelegaan dengan cara menjerit,” kata Kenta Iwana yang merupakan coordinator syarikat produksi Kowagarasetai atau ‘Scare Squad’.
Dengan ‘hiburan’ yang agak aneh ini, sesiapa yang ingin mengambil bahagian akan berbaring dalam sebuah keranda sambil dikelilingi ‘zombi’ yang mengerikan.
Mereka hanya perlu membayar beberapa yen dan akan ditakutkan selama 15 minit oleh zombie-zombi berkenaan.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.