Seorang bayi berusia enam bulan yang mempunyai penyakit jantung dan paru-paru telah mengalahkan koronavirus setelah menghabiskan dua minggu di unit pengasingan.
Erin Bates dilahirkan dengan penyakit jantung yang menyebabkannya menjalani pembedahan jantung pada bulan Disember lepas. Dia kemudian terserang virus pernafasan pada bulan Januari, dan menderita trakeomalacia dan bronchomalacia yang mempengaruhi saluran udara dan paru-parunya.
Dia kemudian disahkan positif COVID-19 pada 10 April dan dikejarkan ke Alder Hey Children’s Hospital di Liverpool untuk mendapatkan rawatan.
Pada 24 April, Bates dikeluarkan dari unit pengasingan setelah mengalahkan wabak COVID-19.
Jururawat dan doktor dari High Dependency Unit bertepuk tangan sebagai satu penghormatan ketika dia dipindahkan ke wad yang lain.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.