Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Benda-Benda Yang Lebih Kotor Berbanding Mangkuk Tandas

Ada banyak benda yang kita pegang seharian tanpa disedari ia sebenarnya penuh dengan kuman.
Editor
12 Dec 2020, 07:00 AM

Dalam kehidupan seharian, ada banyak benda yang kita akan sentuh tanpa disedari betapa kotor dan penuh dengan kuman ia ada. Malah, benda-benda ini mungkin mempunyai lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas.

via GIPHY

Apakah barang-barang tersebut?

1. Telefon

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Ada kajian oleh sekumpulan penyelidik pada tahun 2013 telah memeriksa 30 telefon dan tempat duduk tandas. Hasil kajian tersebut mendapati bahawa telefon mempunyai 600 unit bakteria dikenali sebagai staphylococcus (staph: boleh menyebabkan jangkitan kulit). Sementara mangkuk tandas hanya memiliki kurang daripada 20 unit bakteria.

2. Paip air

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Paip air dalam bilik mandi dan tandas memiliki 21 kali lebih banyak kuman berbanding mangkuk tandas. Bahkan, paip di dapur pula mempunyai 44 kali ganda bakteria dan kuman.

3. Beg tangan

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Mungkin kita rasa beg tangan selamat dari kuman dan bakteria. Namun, penyelidik membuat kajian terhadap 25 beg tangan dan mendapati ia tiga kali ganda lebih kotor berbanding mangkuk tandas. Beg tangan merupakan benda yang kita guna setiap hari, bahkan tali pada beg tangan didapati 10 kali ganda lebih kotor.

4. Berus gigi

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Menurut Pakar Mikrobiologi Universiti New York, Dr Philip Tierno mendapati setiap kali kita ‘flush’ tandas, semburan air yang mengandungi kotoran itu boleh tersebar sehingga enam meter. Jika kita membiarkan berus gigi ditempat terbuka dalam bilik air, kotoran, kuman dan bakteria boleh hinggap pada berus gigi anda.

5. Butang lif

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Kajian oleh para penyelidik dari Universiti Toronto mendapati bahawa tombol lif mengandungi lebih banyak bakteria berbanding mangkuk tandas. Kajian lain di Arab Saudi pula mendapati bahawa 97 peratus butang lif tercemar dengan bakteria yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

6. Tuala

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Seorang penyelidik mikrobiologi, Dr. Peter Barrat turut memberitahu bakteria memerlukan tiga elemen untuk membiak. Ketiga-tiga elemen itu termasuklah kelembapan, suhu dan bahan organik. Tuala yang basah dan partikel kulit mati yang melekat pada tuala selepas digunakan akan menjadi makanan kepada bakteria. Sebab itulah, sebaik-baiknya kita mencuci seminggu sekali menggunakan air panas bagi kuman dan bakteria.

7. Mesin ATM

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Setiap butang yang kita tekan pada mesin ATM, rata-rata mempunyai 120 jenis kuman termasuk virus influenza dan E. Coli. Disebutkan juga, sebanyak 94 peratus wang yang keluar dari mesin ATM membawa bakteria yang boleh mendatangkan penyakit.

8. Karpet

benda-benda yang lebih kotor berbanding mangkuk tandas

Bakteria cukup mudah membiak di atas permaidani dan jangan tak percaya kerana karpet mempunyai 200,000 bakteria bagi setiap persegi. Maksudnya, permaidani adalah syurga bakteria dan kuman.

Jadi, selain daripada sanitasi tangan dan mengkuk tandas, kita kena jaga juga kebersihan benda-benda ini sebelum menggunakannya.

Sumber: mStar

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

function showbutton() { var x = document.getElementById("full-ads"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } } function showbutton1() { var x = document.getElementById("half-ads-hidden"); if (x.style.display === "none") { x.style.display = "block"; } else { x.style.display = "none"; } }